Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG dan Hong Kong banyak persamaan: DPM Heng

Aug 29, 2022 | 08:11 PM



Timbalan Perdana Menteri  merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, telah bertemu  dengan Ketua Eksekutif Hong Kong, Encik John Lee, di Hong Kong petang tadi. (29 Ogos)



Kededua mereka telah mengesahkan momentum baik kerjasama berpanjangan antara kededua negara.



Dalam catatannya, Encik Heng berkata sebagai bandar dengan pandangan luar antarabangsa, Hong Kong dan Singapura mempunyai banyak persamaan.



"Kami berkongsi kaitan ekonomi, hubungan rapat antara rakyat, dan banyak bidang kerjasama.



"Kami mengesahkan momentum baik kerjasama berpanjangan kami.



"Memandang ke hadapan kami membincangkan bagaimana Singapura dan Hong Kong boleh mendalami lagi kerjasama dalam bidang-bidang seperti daya ketahanan ekonomi dan kesihatan awam, serta bagaimana kami boleh bekerjasama untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan  kemakmuran serantau, dan bagi manfaat rakyat kami."



Malah Encik Heng turut lahirkan keyakinan beliau bahawa persahabatan antara Singapura dengan Hong Kong akan terus berkembang semasa tempoh penggal Encik Lee.



"Saya nantikan untuk menerima lawatannya ke Singapura tidak lama lagi," kata Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >