Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SG, HK bincang perluas kerjasama, galak pertumbuhan serantau

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Hong Kong telah membincangkan cara meluaskan kerjasama untuk membantu mempromosikan pertumbuhan di rantau ini.



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, yang bertemu Ketua Eksekutif Hong Kong, Encik John Lee, di Hong Kong kelmarin, berkata sebagai bandar berpandangan antarabangsa, Republik ini dan wilayah itu mempunyai banyak persamaan.



Kededuanya telah mengesahkan momentum baik kerjasama berpanjangan mereka, kata Encik Heng.



"Kami berkongsi kaitan ekonomi, hubungan rapat antara rakyat, dan banyak bidang kerjasama. Kami mengesahkan momentum baik kerjasama berpanjangan kami.



"Memandang ke hadapan, kami membincangkan bagaimana Singapura dan Hong Kong boleh mendalami lagi kerjasama dalam bidang-bidang seperti daya ketahanan ekonomi dan kesihatan awam, serta bagaimana kami boleh bekerjasama untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran serantau, dan bagi manfaat rakyat kami," kata Encik Heng dalam satu catatannya.



Beliau turut melahirkan keyakinan persahabatan antara Singapura dengan Hong Kong akan terus berkembang semasa penggal Encik Lee.



"Saya nantikan untuk menerima lawatan beliau ke Singapura tidak lama lagi," kata Encik Heng, yang mengadakan lawatan ke Hong Kong dari Ahad hingga hari ini.



Turut hadir di pertemuan tersebut ialah Pengarah di Pejabat Ketua Eksekutif, Cik Carol Yip; Setiausaha Tetap bagi Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi, Cik Eliza Lee; dan Konsul Agung Singapura di Hong Kong, Cik Ong Siew Gay.



Encik Lee mengucapkan terima kasih kepada Encik Heng kerana menghadiri Sidang Puncak Belt and Road yang berlangsung hari ini.



Encik Lee berkata Hong Kong dan Singapura telah lama menikmati hubungan rapat. Perdagangan antara dua ekonomi ini telah berkembang dengan mantap dan Singapura kini rakan dagang keempat terbesar Hong Kong.



"Hong Kong akan meneroka lebih banyak peluang pertukaran dan kerjasama dengan Singapura dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan dan pelaburan, perkhidmatan kewangan, pendidikan, budaya, inovasi dan teknologi.



"Saya berharap Hong Kong dan Singapura akan meneruskan kerjasama pelbagai aspek untuk mengukuhkan hubungan kami yang sangat rapat," kata Encik Lee.



Sidang puncak itu menyatukan pegawai pemerintah dan pemimpin perniagaan daripada pelbagai negara untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan kerjasama berbilang hala dan menggalak jalinan perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >