Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG terus tinjau rantau baru bagi gelembung perjalanan udara

Dec 07, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang meninjau untuk mencari rantau baru untuk melaksanakan gelembung perjalanan udara meski pelancaran rancangan pertama sedemikian dengan Hong Kong masih tertunda, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung semalam.



Negara yang Republik ini telah membuka sempadannya menjadi rakan kongsi yang berpotensi untuk gelembung perjalanan udara, kongsi Encik Ong kepada para wartawan di luar satu acara kemasyarakatan.



Pelawat jangka masa pendek dari Australia, Brunei, China, New Zealand dan Vietnam kini dibenarkan untuk memasuki Singapura dan berjalan secara bebas kerana negara-negara ini disifatkan sebagai mempunyai sistem pemantauan kesihatan awam komprehensif dan berjaya mengawal virus Covid-19 dari merebak.



Pengunjung daripada negara-negara ini tidak perlu menjalani notis duduk di rumah tetapi perlu memohon Pas Perjalanan Udara, mendapati diri negatif selepas menjalani ujian sebaik tiba di sini dan memuat turun dan menggunakan aplikasi TraceTogether apabila berada di sini.



"Kami berharap mereka akan membalas balik (reciprocate).



"Mereka boleh lihat daripada perangkaan Singapura, kita mengawal virus ini dengan agak baik buat masa sekarang... Amat diharapkan, saya fikir, mungkin tahun depan, rakan kongsi yang lain bersedia untuk melaksanakan gelembung perjalanan udara," kata Encik Ong.



"Kita tidak boleh tutup buat selamanya. Semua orang tahu."



Tarikh permulaan bagi gelembung perjalanan udara Singapura - Hong Kong yang pada awalnya ditetapkan bagi 22 November, akan disemak antara Krismas dan Tahun Baru, katanya.



"Meninjaunya antara rakan sejawatan saya dengan saya, kami memutuskan tiada harapan ia boleh dijalankan pada pertengahan bulan ini," kata Encik Ong.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata minggu lalu bahawa kedua-dua bandar telah memutuskan untuk menunda tarikh permulaan kepada tahun depan di tengah-tengah kenaikan kes Covid-19 di Hong Kong.



Hong Kong melaporkan 101 kes baru kelmarin sedang bandar itu menghadapi gelombang jangkitan baru dan langkah lebih ketat dilaksana demi mengekang penularan.



"Saya rasa ini cara terbaik kerana anda boleh lihat sekarang kesnya di paras ini, ia tidak meningkat tinggi, sesuatu yang gembira bagi kami tetapi pada masa yang sama, ia kekal pada sesuatu paras," katanya lagi.



"Bagi rakan kongsi lain, kami memang senantiasa sedang mencari."




"Mereka boleh lihat daripada perangkaan Singapura, kita mengawal virus ini dengan agak baik buat masa sekarang... Amat diharapkan, saya fikir, mungkin tahun depan, rakan kongsi yang lain bersedia untuk melaksanakan gelembung perjalanan udara.

..."Kita tidak boleh tutup buat selamanya. Semua orang tahu."

- Encik Ong Ye Kung, Menteri Pengangkutan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >