Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik

SIA
Feb 16, 2023 | 05:30 AM



SINGAPORE Airlines (SIA) dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik dalam Anugerah Pencapaian Industri Penerbangan Tahunan ke-49, Air Transport World (ATW).



Anugerah itu mengiktiraf respons lancar dan teguh syarikat itu dalam menangani cabaran pandemik Covid-19, yang membolehkannya memasuki semula pasaran penerbangan dengan kedudukan baik apabila sempadan antarabangsa dibuka semula, menurut penerbitan industri ATW.



Panel hakim mengalu-alukan respons SIA apabila sekatan perjalanan antarabangsa dikuatkuasakan, lapor The Straits Times.



Syarikat penerbangan itu mengumpul $22.4 bilion kecairan baru - jumlah tertinggi dalam kalangan syarikat penerbangan semasa pandemik.



"Tambahan pula, beberapa inisiatif inovatif dan pemotongan kos membolehkan syarikat itu mencapai kedudukan teguh," kata hakim panel itu, yang terdiri daripada editor dan penganalisis di ATW, majalah penerbangan Routes dan Aviation Week, serta syarikat pakar runding penerbangan Pusat bagi Penerbangan Asia Pasifik.



SIA menyaksikan peratusan bilangan tempat duduk penumpangnya yang dipenuhi melonjak dengan pantas sejurus ia memulihkan kapasiti penumpang untuk memenuhi keperluan tinggi perjalanan luar negara pada separuh kedua 2022.



Anugerah ATW itu disampaikan hanya beberapa minggu selepas majalah Fortune menyenaraikan SIA sebagai antara 50 syarikat penerbangan paling dikagumi di seluruh dunia.



Anugerah tahunan ATW itu diberi kepada individu dan pertubuhan yang mencapai prestasi luar biasa, inovasi dan perkhidmatan terbaik dalam industri penerbangan.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIA, Encik Goh Choon Phong, berkata anugerah yang diberi kepada syarikat itu adalah bukti semangat teguh setiap orang dalam syarikat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >