Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA lanjut tempoh pembatalan penerbangan

SIA
Apr 25, 2020 | 02:56 PM



SYARIKAT Penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA), telah melanjutkan lagi tempoh pembatalan penerbangannya kepada sebulan lagi, hanya empat hari setelah mengumumkan pelanjutan tempoh tersebut.



Ini bermakna sebanyak 96 peratus penerbangannya yang dijadualkan hingga akhir Jun akan dibatalkan, di tengah-tengah sekatan perjalanan di seluruh dunia dan permintaan perjalanan udara yang berkurangan, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Dalam satu notis yang dimuat naik dalam lamannya semalam (24 April), SIA berkata mereka akan terus menyesuaikan perkhidmatannya mengikut perkembangan terkini wabak Covid-19.



Harga penuh tiket penerbangan yang belum digunakan penumpang SIA atau SilkAir terjejas akan ditukar menjadi kredit penerbangan. Mereka juga akan diberikan kredit penerbangan tambahan semasa membuat tempahan semula penerbangan mereka.



Maklumat lanjut boleh didapati di laman syarikat penerbangan itu.



Dengan tempoh pembatalan penerbangan yang dilanjutkan ini, SIA kini hanya akan terbang ke 15 bandar hingga akhir Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >