Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA semak maklum balas tentang bekas makanan kertas

Mar 05, 2023 | 05:30 AM



SYARIKAT penerbangan tempatan, Singapore Airlines (SIA), berkata ia akan menyemak maklum balas daripada pelanggan sebelum memutuskan sama ada ia akan menggunakan bekas makanan kertas bagi penerbangan jarak sederhana dan jauh.



Ini setelah percubaan menggunakan bekas makanan diperbuat daripada kertas untuk penerbangan kelas ekonomi dan kelas ekonomi premium terpilih pada Mac lalu mendapat reaksi berbeza daripada penumpang.



Sesetengah pihak menggelarkan langkah itu sebagai langkah penjimatan kos manakala yang lain merasakan bahawa ia baik bagi kemampanan syarikat penerbangan tersebut, lapor The Straits Times.



Memberi respons kepada pengumuman SIA itu, beberapa individu mengatakan di Facebook syarikat penerbangan itu bahawa langkah tersebut akan menjatuhkan imej SIA, menjadikannya setara dengan syarikat penerbangan tambang murah.



Menjawab pertanyaan, jurucakap SIA berkata ia akan menyatukan semua maklum balas pada penghujung percubaan dan mengkaji bagaimana syarikat penerbangan itu boleh meningkatkan lagi pengalaman makan minum di atas kapal terbangnya.



Beliau menambah:



"Memandangkan bekas makanan baru ini menggantikan bekas kaserol, ia akan mengurangkan jumlah plastik sekali guna dalam penerbangan jarak sederhana dan jauh SIA.



"Kami ingin memberi keyakinan kepada semua pelanggan bahawa tiada perubahan dalam kuantiti makanan dalam bekas makanan baru berbanding bekas makanan kaserol sedia ada."



Percubaan itu mula dilaksanakan pada penerbangan terpilih ke dan dari Hong Kong pada Februari, sebelum diperluaskan ke 11 lagi destinasi termasuk London, Seoul dan Sydney sehingga 25 Mac ini.



Dalam satu kenyataan berasingan kepada media, SIA berkata bekas makanan baru dan dipertingkatkan itu juga mempunyai penutup yang selamat, yang mampu mengekalkan haba dan kelembapan sambil meningkatkan rasa dan tekstur hidangan utamanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >