PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menggesa pemimpin dunia agar terus memudahkan dan melonggarkan perdagangan.
Bercakap dalam sesi kerja semasa Sidang Puncak Pemimpin G20 di Hangzhou, China, semalam, Encik Lee menyeru negara-negara anggota agar memberi persetujuan kukuh kepada Perjanjian Memudahkan Perdagangan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang bertujuan merangsang perdagangan dengan mengurangkan kos dan mempercepat aliran barangan.