PENGUASA Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah mengenakan denda $100,000 ke atas Singapore Post Limited (SingPost) kerana tidak memenuhi piawaian Mutu Perkhidmatan (QoS) dalam penghantaran surat asas setempat dan mel berdaftar pada 2017.
Penalti yang dikenakan itu adalah untuk sembilan insiden berkaitan dari Januari hingga Disember 2017.