Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan kewangan bagi penjagaan paliatif akan dipertingkat jelang 2024: Ong Ye Kung

Jul 01, 2023 | 03:52 PM



Sokongan kewangan bagi penjagaan paliatif akan dipertingkat menjelang 2024 termasuk langkah meningkatkan subsidi untuk penjagaan paliatif dan melaraskan had tuntutan MediShield Hayat untuk penjagaan paliatif pesakit di hospital.

Demikian diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung pada Sabtu (1 Julai).

Encik Ong berkata demikian semasa menyampaikan ucapannya di Persidangan Penjagaan Paliatif Singapura (SPCC) ke-8 yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands.

Penjagaan paliatif ialah penjagaan perubatan khusus bagi individu yang menghidap penyakit serius seperti barah atau kegagalan jantung.

Memberi keterangan lanjut, Encik Ong berkata Kementerian Kesihatan (MOH) akan memastikan subsidi minimum 50 peratus sehingga maksimum 80 peratus bagi penjagaan paliatif berdasarkan keadaan kewangan pesakit.

Ini berbeza dengan sistem sedia ada di mana pesakit berpendapatan rendah boleh menerima subsidi sehingga 80 peratus tetapi pesakit berpendapatan lebih tinggi tidak layak menerima sebarang subsidi sama sekali.

“Dengan perubahan ini, hampir semua pesakit penjagaan paliatif akan melihat peningkatan subsidi, sehingga 55 peratusan mata,” kata beliau.

Selain itu, subsidi bagi ubat-ubatan juga akan diberikan kepada semua pesakit yang menerima penjagaan paliatif daripada penyedia penjagaan yang dibiayai MOH.

Hari ini, tidak semua pesakit sedemikian menerima subsidi ubat-ubatan, termasuk pesakit daripada isi rumah berpendapatan lebih tinggi.

“Bermula suku keempat 2024, semua pesakit penjagaan paliatif di bawah penyedia yang dibiayai MOH akan menerima subsidi ubat-ubatan tidak kira pendapatan isi rumah mereka.

“Warga Singapura akan menerima subsidi ubat-ubatan sekurang-kurangnya 50 peratus dan penduduk tetap pula akan menerima sekurang-kurangnya 25 peratus,” jelas Encik Ong.

Beliau menambah bahawa pemerintah akan meningkatkan had tuntutan MediShield Hayat untuk penjagaan paliatif pesakit di dalam hospital (inpatient).

Had tuntutan tersebut akan dinaikkan daripada $250 (bagi penjagaan paliatif dalam hospital umum) dan $350 (bagi penjagaan paliatif dalam hospital khusus) sehari kepada $460 dan $500 sehari.

Had-had ini mencukupi untuk menampung sepenuhnya sembilan daripada 10 pesakit bersubsidi, kata Encik Ong.

Di samping itu, had MediSave seumur hidup juga akan ditarik balik bagi semua pesakit penjagaan paliatif di rumah dan hospis harian yang menggunakan MediSave mereka sendiri, tanpa mengira keadaan mereka.

“Kesemua perubahan pembiayaan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai separuh pertama 2024 dan penyedia penjagaan paliatif akan menerima sekitar tambahan $15 juta dalam bentuk sokongan setiap tahun.

“Ditambah dengan sokongan daripada penderma, mereka (penyedia penjagaan paliatif) akan dapat mengembangkan kapasiti penjagaan mereka dengan ketara,” ujar Encik Ong.

Beliau juga menyentuh isu kekurangan tenaga kerja dalam bidang penjagaan paliatif.

Penjagaan paliatif merupakan bidang yang “agak khusus” (fairly niche) dan mungkin bukan pilihan pertama bagi kebanyakan pekerja penjagaan kesihatan.

“Namun, ramai yang berkhidmat dalam sektor penjagaan paliatif menjadi sangat komited terhadap tugas mereka.

“Oleh itu, kita mesti menggalakkan kesedaran awal dan meningkatkan daya tarikan kerjaya sektor ini,” kata Encik Ong.

Beliau turut menekankan peri pentingnya memulakan perbincangan awal dengan pesakit dan keluarga mereka agar rancangan awal dapat dilakukan.

“Ini masih bukan norma hari ini...dengan adanya perbincangan awal sedemikian, dengan bantuan profesional penjagaan kesihatan, ia juga mengurangkan tekanan ke atas anggota keluarga dan mengelak daripada berlakunya konflik,” katanya.

Beliau menambah bahawa membincangkan soal kematian memerlukan usaha pendidikan awam - sesuatu yang bakal dilancarkan MOH, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dalam masa terdekat.

Semasa SPCC yang dihadiri 500 peserta itu, Encik Ong turut melancarkan Strategi Nasional bagi Penjagaan Paliatif (NSPC) 2023, yang menggariskan cadangan untuk mengembangkan dan menambah baik penjagaan paliatif di Singapura, serta Institut Penjagaan Paliatif Cynthia Goh.

Profesor Goh merupakan perintis dalam penjagaan paliatif di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >