Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan tumpu pada bakat yang pelbagai, cipta laluan pendidikan yang rencam

Chun Sing umum lima bidang utama bagi meritokrasi S'pura berdaya tahan dan mampan
Apr 19, 2023 | 05:30 AM



UNTUK memastikan meritokrasi Singapura berdaya tahan dan mampan, pemerintah akan memberi tumpuan kepada menghargai kebolehan warga yang pelbagai dan akan terus mencipta laluan pendidikan yang rencam.



Ini merupakan antara lima bidang utama yang digariskan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya pada Selasa - perbahasan hari kedua mengenai Ucapan Presiden.



Encik Chan berkata pemerintah akan terus menjauhkan diri daripada menilai kepelbagaian kebolehan warga menggunakan satu metrik tunggal, sempit dan statik.



Ia juga sedang berusaha memperluas cara pelajar boleh mengakses laluan pendidikan.



"Kami akan sentiasa menyemak dasar kemasukan untuk memastikan sekolah kekal terbuka dan boleh diakses oleh pelajar dari pelbagai latar belakang, sambil mengimbangi keperluan bersaing lain, seperti memelihara hubungan masyarakat dan mengekalkan landskap pendidikan yang pelbagai untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza," katanya.



Beliau juga berkata laluan pasca-menengah dan pendidikan tinggi akan memberikan lebih fleksibiliti untuk menyokong pembelajaran dan perkembangan pelajar dengan lebih baik.



Selain itu, pemerintah juga akan melabur dalam warga Singapura sepanjang hayat mereka, dan bukan setakat ketika mereka di bangku sekolah.



"Warga Singapura perlu terus meningkatkan kemahiran dan menimba kemahiran baru sepanjang hayat, untuk berkembang dengan pantas, mencipta nilai baru dan terus mendahului persaingan.



"Untuk menyokong ini, pemerintah telah meningkatkan pelaburannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET), termasuk melalui pergerakan SkillsFuture," ujar Encik Chan.



Beliau turut menekankan pentingnya memberi ganjaran yang adil kepada mereka yang melakukan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran amali dan kemahiran insaniah.



Masyarakat juga mesti melakukan lebih untuk membantu meningkatkan golongan kurang bernasib baik.



"Ini membantu kita memastikan jurang dalam masyarakat tidak terlalu ketara yang berpotensi mendedahkan kita kepada politik hasad dengki dan mengancam keharmonian masyarakat kita.



"Ia juga membantu kita untuk mengelak dari keperluan untuk... memutuskan siapa yang patut atau tidak patut diberi peluang berdasarkan siapa mereka, dan bukannya apa yang boleh mereka sumbang.



"Kita tidak boleh sekali-kali menjerumus ke dalam sistem di mana semua orang berpendapat mereka layak menerima lebih berbanding orang lain," tekan Encik Chan.



Dalam pada itu, adalah penting untuk memupuk nilai-nilai yang betul dalam diri anak-anak sejak mereka muda lagi agar mereka membesar sebagai individu yang mahu menabur budi kepada masyarakat dan mencipta lebih banyak peluang bagi orang lain, katanya.



"Kita mesti sedar bahawa kejayaan kita bukan hanya disebabkan kebolehan dan kerja keras kita semata-mata.



"Tanpa peluang yang diberikan masyarakat kepada kita, dan bantuan daripada orang lain sepanjang perjalanan, kita mungkin tidak dapat mencapai apa yang telah kita capai hari ini," ujar beliau.



Sementara itu, semasa sidang Parlimen pada Selasa, tiga rang undang-undang telah diperkenalkan termasuk Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Komputer (Pindaan).



Perbahasan disambung Rabu.




MERITOKRASI DENGAN CIRI SINGAPURA



Untuk pastikan meritokrasi berdaya tahan dan mampan, pemerintah akan:



1. Hargai kepelbagaian kebolehan warga



2. Cipta lebih banyak laluan pendidikan yang pelbagai



3. Melabur dalam warga sepanjang hayat, termasuk selepas zaman persekolahan



4. Beri ganjaran adil kepada mereka yang lakukan kerja yang perlukan kemahiran amali dan kemahiran insaniah



5. Lakukan lebih banyak sebagai satu masyarakat untuk tingkatkan golongan kurang bernasib baik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >