SINGAPURA dan Brunei Darussalam telah memperluas lagi hubungan istimewa yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai pembangunan sosial.
MOU ini dimeterai Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) di Singapura bersama Kementerian Budaya, Belia dan Sukan Brunei Darussalam menerusi sidang video pada Isnin (28 September).
MOU ini merupakan asas dalam melaksanakan kerjasama praktikal dan program peningkatan keupayaan, antara lain, melalui perkongsian amalan terbaik dan pertukaran maklumat; serta program bekerja sambil belajar dan program latihan mengenai kerja sosial, khidmat sosial dan perlindungan sosial yang berkaitan dengan kanak-kanak, warga emas, wanita dan golongan kurang upaya.
MOU itu ditandatangani secara serentak oleh Pengiran Haji Mohd. Hasnan Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan d bagi pihak kerajaan Brunei Darussalam dan Setiausaha Tetap Kedua (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Stanley Loh Ka Leung, bagi pihak Singapura.
Upacara menandatangani MOU itu disaksikan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Datuk Seri Paduka Haji Abidin dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Butiran mengenai MOU tersebut didedahkan dalam satu kenyataan MSF pada Selasa malam (29 September).
Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan berharap MOU ini akan mengukuhkan lagi kerjasama yang berterusan terutama dalam membolehkan kedua-dua kementerian bekerjasama lebih dekat dengan membina amalan terbaik antara satu sama lain.
Nilai seorang wanita sering terikat dengan identiti mereka sebagai ibu, anak atau pasangan sehingga identiti dan harga diri sendiri sering diketepikan demi kepentingan orang lain.
Dalam lagu Mahal
Dalam kelembutan, pedas betul sindiran Dalia Farhana terhadap si pihak yang berselingkuh dalam lagu terkininya, Curang.
Dari awal lagu ini, Dalia terus melafaz ketidakpuasannya dengan kata-kata manis
Mengenali tanda-tanda kesihatan mental dan cara mengatasi masalah kegelisahan dan kemurungan merupakan langkah penting bagi menjaga kesejahteraan warga emas.
Berikut adalah panduan ringkas untuk
Bermula dengan mengongsikan video ‘cover’ lagu nyanyiannya di media sosial secara spontan di cerita Instagram, Faiz Zikry Abdul Fattah atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Faiz Zikry, 24 tahun
Oleh Dr Nur Farhan Mohammad Alami
Ini kisah ‘Encik Ali’, seorang duda berusia 76 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang tinggal berdekatan. Beliau tinggal sendirian di flat tiga bilik HDB
Apabila ternampak tajuk lagu ini, penulis sudah bersiap sedia mendengarkan lagu berentak dangdut.
Terkejut juga apabila ia bukannya lagu dangdut, sebaliknya merupakan gabungan beberapa rentak dan gaya
Betapa kata-kata membuat kita rasa terpana atau khayal terbuai lena mengawang entah ke mana
Betapa kata-kata bagai mata panah tajam menusuk ke jiwa raga lalu menikam bagaikan kuku sang helang
MAAROF SALLEH
Syahrir dipinang menjadi calon pilihan raya.
Berita itu tidak mengejutkan dirinya. Demikian juga kepada beberapa kenalan yang rapat dengannya. Penyertaan seorang aktivis sepertinya dalam
Setiap kemunculan Hari Ibu, pelakon Siti Hajar Abdul Gani akan terkenangkan pengorbanan bukan satu, tetapi tiga ibu dalam kehidupannya – ibu kandung, ibu angkat dan ibu mentua.
Sewaktu kecil, beliau
Sejak dahulu pelancongan di Vietnam terkenal kerana pemandangan indah pantainya sepanjang 3,260 kilometer, sungai, reka bentuk pagoda dan bangunannya serta bandarnya yang sibuk.
Tidak hairanlah

Encik Masagos pula menggariskan kepentingan MOU itu kerana ia berfungsi untuk mengeratkan lagi hubungan baik yang telah lama terjalin antara Brunei dan Singapura serta memperkukuh kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua kementerian.
Menurut Encik Masagos lagi, MOU itu petanda tekad kedua-dua kementerian memanfaatkan pengalaman dan amalan terbaik masing-masing dalam membangun masyarakat yang lebih kuat dan lebih berdaya tahan bagi memastikan kumpulan yang rentan di negara masing-masing tidak ketinggalan.