Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura diberi kuota haji 900 tempat tahun ini

Masagos: S'pura minta tambah kuota, Menteri Haji Saudi setuju semak
Jan 10, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA telah diberi kuota rasmi haji seramai 900 jemaah bagi musim haji tahun ini.



Ini berbanding 407 tempat yang diberikan kerajaan Arab Saudi pada musim haji tahun lalu, dengan tambahan 493 tempat lagi.



Namun, akhirnya seramai 890 warga Singapura menunaikan ibadah haji pada tahun lalu kerana 10 tidak mendapat keputusan negatif bagi ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) Covid-19.



Mengumumkan perkara itu dalam catatan di Facebook semalam selepas pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah, di Jeddah, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



"Dengan sukacitanya, saya memaklumkan bahawa Singapura telah diperuntukkan kuota rasmi haji bagi 900 jemaah.



"Muis akan bekerja rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Saudi serta ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) Singapura bagi pakej haji 2023."



Encik Masagos mengumumkan demikian selepas menandatangani perjanjian haji dengan Dr Tawfiq semasa menghadiri Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah.



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, berkata ibadah haji merupakan rukun Islam yang penting dengan ramai umat Islam di seluruh dunia, termasuk jemaah Singapura, tidak sabar untuk menunaikan ibadah haji mereka.



"Walaupun kami ingin mendapatkan lebih banyak tempat untuk haji, kami mohon persefahaman anda bahawa pandemik Covid-19 masih belum berakhir.



"Dan pihak berkuasa Haji dan Umrah di Saudi mengutamakan kesihatan, keselamatan serta kemaslahatan jemaah," tulis beliau dalam catatan tersebut.



Memberi butiran dalam satu kenyataan semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan pihaknya akan memperuntukkan 900 tempat haji pada tahun ini kepada bakal jemaah haji yang telah mendaftar untuk menunaikan haji di Sistem Pendaftaran Haji Awal (AHRS) dan mampu memenuhi syarat dan keperluan haji 2023.



"Tempat diperuntukkan berdasarkan kedudukan pendaftar dalam senarai beratur AHRS. Dalam beberapa hari akan datang, Muis akan mengeluarkan surat niat kepada jemaah haji yang layak dalam sistem senarai itu.



"Melalui surat niat ini, bakal jemaah haji akan mengesahkan sama ada mereka berminat untuk dipertimbangkan bagi haji 2023 jika ditawarkan tempat. Bakal jemaah haji amat digalakkan untuk membalas surat Muis dalam garis masa yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.



Sebelum ini, kerajaan Saudi memperuntukkan 900 tempat kepada jemaah haji Singapura setiap tahun.



Angka itu tertakluk kepada semakan dan pengesahan berdasarkan keadaan semasa dan keputusan Kementerian Haji Saudi.



Contohnya, tiada sebarang tempat diperuntukkan semasa wabak Covid-19 pada 2020 dan 2021.



Pada 2022, kerajaan Saudi memulakan semula ibadah haji namun pada jumlah jemaah haji yang terhad.



Encik Masagos menambah, Dr Tawfiq telah menyatakan mereka memahami aspirasi Singapura dan akan menyemak permintaan negara ini agar diperuntukkan lebih banyak kuota haji.



Encik Masagos berada di Saudi sempena lawatannya selama empat hari ke negara itu mulai semalam.



Menyusuli itu, Encik Masagos dan delegasinya akan melakukan kunjungan ke Mesir pula pada 13 Januari hingga 15 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >