Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Indonesia orak selangkah lagi perjanjian ruang udara

PM Lee, Presiden Jokowi turut bincang bidang kerjasama baru termasuk ekon digital, kemampanan dan pembangunan modal insan
Mar 17, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Indonesia telah bersama-sama memohon kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk meluluskan penjajaran semula sempadan penerbangan kedua-dua negara.



Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan bagi kedua-dua negara dalam perjanjian pengurusan ruang udara.



Mengumumkan demikian semasa sidang media bersama dengan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata Singapura mengalu-alukan kerjasama dengan Indonesia untuk melengkapkan langkah-langkah selanjutnya berkenaan perjanjian itu.



Perjanjian Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) tersebut berserta dua lagi perjanjian - Perjanjian Kerjasama Pertahanan (DCA) dan Perjanjian Ekstradisi (ET) - membentuk Perjanjian Rangka Kerja Diperluas yang telah ditandatangani kedua-dua pemimpin negara itu pada 2022.



Berucap di sidang media bersama sempena Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia 2023 di Istana pada Khamis, Encik Lee berkata:



"Saya gembira kededua pihak (Singapura dan Indonesia) sudah pun mengesahkan ketiga-tiga perjanjian.



"Kami telah membincangkan isu-isu ini banyak kali dalam tempoh masa yang panjang, dan banyak telah ditempuhi untuk mencapai apa yang ada kini."



Berikutan kelulusan ICAO, kedua-dua negara bersetuju mengenai tarikh pelaksanaan secara serentak ketiga-tiga perjanjian itu.



"Ketiga-tiga perjanjian berkaitan isu-isu ini akan membawa manfaat berpanjangan kepada kedua-dua pihak.



"Hasil yang berjaya ini mencerminkan hubungan dua hala kami yang kukuh dan membuktikan bahawa Singapura dan Indonesia boleh memperoleh manfaat bersama yang besar melalui penglibatan terbuka dan membina," ujar Encik Lee.



Di samping itu, beliau turut menggariskan bidang kerjasama baru antara kedua-dua negara.



Ini termasuk dalam ekonomi digital, kemampanan dan pembangunan modal insan.



Singapura dan Indonesia juga telah memperdalam kerjasama dalam bidang keselamatan, kesihatan dan kewangan, tambah Encik Lee.



Ini merupakan Rahat Pemimpin keenam Encik Lee dengan Encik Jokowi. Rahat Pemimpin sebelum ini diadakan di Bintan, Indonesia, pada 25 Januari 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >