Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura jejak varian Covid-19 Omicron secara rapi; mungkin terpaksa perketat langkah keselamatan: PM Lee

Nov 28, 2021 | 12:28 PM



SINGAPURA sedang memantau varian koronavirus baru Omicron secara rapi dan mungkin terpaksa mengundurkan beberapa langkah keselamatan yang telah dilonggarkan sedang ia mara menangani jangkitan ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad (28 November).



Namun, Encik Lee berkata beliau yakin negara ini akan dapat hidup dengan virus ini dan menekankan bagaimana penduduk Singapura telah mencapai banyak kemajuan dalam menangani jangkitan ini sejak dua tahun lalu.



Dalam memberi ulasan pertamanya di khalayak awam mengenai Omicron, Encik Lee yang berucap di Sidang Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Ahad, berkata Singapura harus bersedia secara mental untuk menghadapi lebih banyak jerih payah dalam perjalanan sedang ia menangani virus yang pesat berubah.



"Kami sedang menjejaknya secara sangat rapi. Kami tidak begitu pasti buat masa ini tetapi kita mungkin akan terpaksa mengambil beberapa langkah ke belakang (kembali mengetatkan beberapa langkah keselamatan) sebelum mengambil beberapa langkah ke depan.



"Meskipun begitu, saya yakin bahawa akhirnya, kita akan dapat mencari cara untuk hidup dengan virus ini dan meneruskan perkara yang kita suka lakukan secara selamat.



"Kami sedang berusaha melakukan semua ini kerana kami mahu sampai ke destinasi yang ditetapkan secara selamat, mengalami seberapa kecil jumlah kematian sedaya mampu dalam perjalanan ini," tambah Encik Lee.



Omicron yang dianggap varian pencetus keprihatinan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat adalah varian koronavirus baru dan berpotensi lebih menjangkiti. Singapura dan beberapa negara lain sejak beberapa hari lalu mula mengekang pengunjung dari bahagian selatan Afrika di mana varian itu mula dikesan.



Singapura secara umum mampu mengawal situasi Covid-19 menerusi siri langkah keselamatan yang diperketat pemerintah sebagai respons pada penularan virus ini.



Minggu lalu, pemerintah melonggarkan sekatan untuk makan luar bersama, kunjungan ke isi rumah dan beberapa kegiatan sosial selepas dua bulan menjalankan langkah memantapkan situasi. Langkah ini diperkenalkan pada 27 September menyusuli tambahan kes Covid-19 dan bertujuan dilaksanakan hanya untuk tempoh sebulan tetapi dilanjutkan sedang sistem jagaan kesihatan Singapura kekal berada dalam risiko tidak mampu menangani tekanan yang besar daripada situasi yang membebani.



Singapura mengenalkan tempoh pemutus rantaian jangkitan antara 7 April dengan 1 Jun tahun lalu untuk mengekang penularan jangkitan berkenaan di mana orang ramai tidak dibenarkan keluar makan bersama atau berhimpun secara sosial.



Encik Lee akur bahawa usaha melawan Covid-19 ini sulit buat Singapura dan penduduknya. Beliau berkata: "Ia adalah satu perjalanan panjang dan berliku. Virus ini telah mengejutkan kita berulang kali. Kita telah berulang kali menyesuaikan respons kita dan mara ke depan."



Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,761 kes baru serta kadar pertumbuhan jangkitan mingguan sebanyak 0.75.



Ini adalah hari ke-15 berturut-turut kadar pertumbuhan jangkitan ini berada di bawah angka satu. Angka itu merujuk pada nisbah kes masyarakat dalam tempoh seminggu lalu mengatasi minggu sebelumnya manakala kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bilangan kes Covid-19 mingguan yang merosot.



Omicron mulanaya dikenal pasti di Gauteng, wilayah di Afrika Selatan. WHO diberitahu mengenai perkara ini Rabu lalu. Ia telah disahkan sebagai varian mencetus keprihatinan kerana bilangan mutasi yang banyak dikesan dalam protein pepaku yang mungkin boleh menyebabkan risiko jangkitan semula, yang merupakan antara beberapa kesan negatifnya. Protein pepaku adalah apa yang koronavirus gunakan untuk mula menjangkiti sel manusia.



Pada Ahad, Encik Lee berterima kasih kepada pekerja jagaan kesihatan dan pekerja barisan hadapan serta aktivis parti PAP kerana berusaha memastikan Singapura selamat.



Beliau menarik perhatian bagaimana sesetengah aktivis telah berusaha mendekati penduduk yang memerlukan dengan menjaga mereka secara fizikal, mengagihkan pek sokongan kepada mereka yang menjalani pemulihan di rumah seorang diri atau yang menangani kesejahteraan mental penduduk lain.



"Dua tahun lalu bukan sahaja menguji respons jagaan kesihatan kita tetapi ikatan sosial dan kehendak politik kita.



"Saya berterima kasih dalam kegawatan yang dialami ini, warga Singapura kekal bersatu, bekerjasama rapat dengan pemerintah dan bersatu hati untuk menyokong satu sama lain," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >