Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura perlu kerjasama negara lain untuk kawal selia AI

Jul 06, 2023 | 06:02 PM



Sedang kecerdasan buatan (AI) pesat menjadi teknologi yang digunakan dalam banyak sektor di Singapura, pemerintah tidak boleh dan tidak harus mengambil pendekatan secara pukul rata untuk mengawal selianya, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Parlimen pada Khamis.

Menjawab soalan oleh Cik Tin Pei Ling (MacPherson) tentang usaha mengawal selia AI di Singapura, Cik Teo berkata adalah tidak realistik untuk pemerintah menangani semua risiko AI yang ada di luar sana tetapi ia berharap untuk melihat AI dikerahkan dalam cara yang bertanggungjawab dan beretika, sejajar dengan norma antarabangsa.

Dalam mengeluarkan peraturan, Cik Teo mengingatkan bahawa pemerintah perlu bekerjasama dengan rakan sejawat di luar negara kerana jika tidak, perniagaan Singapura akan mengalami kesukaran memenuhi keperluan itu apabila mereka beroperasi dalam bidang kuasa yang berbeza.

“Singapura menyokong pembangunan dan penggunaan AI yang bertanggungjawab untuk membuka potensi transformatifnya pada ekonomi dan masyarakat kita. Pendekatan tadbir urus kita adalah praktikal dan berasaskan risiko,” katanya.

Cik Teo berkata Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mempunyai beberapa inisiatif untuk membimbing pembangunan dan penggunaan AI dan dalam beberapa bulan akan datang, PDPC akan mengeluarkan garis panduan nasihat tentang penggunaan data peribadi dalam sistem AI.

“Inisiatif-inisiatif ini telah diperhatikan dan dipuji oleh rakan kongsi antarabangsa dan industri kita sebagai langkah praktikal untuk memikirkan tentang bagaimana pembangunan AI yang bertanggungjawab boleh dilaksanakan.

“Kami akan terus memantau perkembangan dan bersedia untuk menyesuaikan pendekatan pelaksanaan kita sedang pengetahuan dan pemahaman berkembang,” katanya.

Cik Teo menambah tadbir urus AI merupakan bidang yang meraih manfaat daripada lebih banyak kerjasama antarabangsa.

Dalam hal ini, Singapura terlibat secara meluas dengan rakan kongsi antarabangsanya melalui wadah pelbagai hala seperti Perkongsian Global mengenai AI (GPAI), katanya.

Singapura juga berharap untuk bekerjasama dengan negara anggota Asean lain bagi membangunkan Panduan Asean tentang tadbir urus dan etika AI. Singapura juga menjalin kerjasama dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Korea Selatan dalam bidang itu.

“Perlu diingat bahawa Singapura tidak boleh beroperasi hanya atas dasar kepentingan domestik. Semua peraturan ini perlu saling beroperasi dengan rakan sejawat kita di luar negara. Jika tidak, perniagaan kita akan mendapati sangat sukar untuk memenuhi keperluan itu apabila mereka beroperasi dalam bidang kuasa yang berbeza,” katanya.

“Jadi piawaian antarabangsa, apa yang akan berguna, perkara-perkara ini akan dibangunkan. Jadi kita akan melihat kemunculan piawaian baru, pensijilan baru dan rangka kerja kawal selia baru. Pendekatan yang kita ambil di Singapura adalah untuk mencuba yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam sebanyak mungkin perbincangan ini. Kita bukan satu-satunya yang memikirkan tentang tadbir urus. Lebih banyak kita berkongsi dengan rakan sejawat antarabangsa kita, lebih banyak kita dapat melihat ke hadapan dan mengambil langkah untuk membangunkan langkah-langkah kawal selia kita sendiri,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >