Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura teroka kerjasama akademik, penyelidikan semasa lawatan Masagos ke Saudi, Mesir

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA telah meninjau potensi kerjasama berkaitan program akademik dan penyelidikan bersama Arab Saudi dan Mesir, sebagai sebahagian daripada lawatan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ke kededua negara itu, baru-baru ini.



Encik Masagos berkata antara perbincangan itu melibatkan kerjasama bagi Program Kajian dalam Penyelidikan Masyarakat Islam Gemilang (RPCS) menerusi wadah seperti ceramah, penerbitan makalah, perbincangan meja bundar dan seminar.



"Semasa kunjungan saya ke Arab Saudi dan Mesir baru-baru ini, saya mengambil peluang untuk bertemu dengan alim ulama, para pemimpin serta tokoh-tokoh agama seperti Menteri Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Saudi, Sheikh Dr Abdullatif Bin AbdulAziz Al Sheikh; Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC), Hissein Brahim Taha; Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Ibrahim Allam; dan Imam Besar Al Azhar, Dr Ahmed El Tayyeb.



"Alhamdulillah, perbincangan kami padat dan bernas dan kami bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam membina kecekapan dan kepimpinan pemikiran agama untuk membimbing masyarakat mengharungi cabaran kehidupan moden yang kompleks hari ini, dengan bersandarkan kepada tradisi Islam yang kukuh.



"Kami meninjau kerjasama dalam bidang-bidang akademik dan projek kajian bagi program RPCS, melalui wadah-wadah seperti syarahan, penerbitan makalah, perbincangan meja bundar, serta seminar," menurutnya, dalam catatan di Facebook.



RPCS dilancarkan dua tahun lalu untuk membangunkan bidang ilmu tentang isu yang dihadapi masyarakat Islam minoriti yang hidup dalam masyarakat sekular.



"Sebagai persiapan bagi Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) yang sulung September lalu, Muis telah membentuk Program Kajian dalam Penyelidikan Masyarakat Islam Gemilang (RPCS).



"Bersama-sama program Sijil Pos Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) bagi graduan pengajian dari luar negara, wadah-wadah ini penting dalam usaha Muis untuk membina gedung-gedung ilmu untuk membimbing masyarakat Islam mengharungi isu-isu kontemporari dalam masyarakat majmuk dan sekular," tambah Encik Masagos.



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, telah melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi dan Mesir dari 9 hingga 15 Januari lalu.



Encik Masagos menganggap hasil lawatan ke Arab Saudi dan Mesir sebagai berhasil.



Antaranya Singapura telah diberi kuota rasmi haji seramai 900 jemaah bagi musim haji tahun ini.



"Alhamdulillah, kami berjaya meraih kemajuan dalam bidang haji, beroleh rakan-rakan kongsi yang baru untuk bekerjasama dalam program RPCS, juga kerjasama dalam bidang pembangunan sosial dan keluarga.



"Terima kasih atas sambutan hangat yang kami terima daripada kedua-dua pihak Arab Saudi dan Mesir.



"Saya mengalu-alukan kerjasama erat antara ketiga-tiga negara ini demi manfaat rakyat kita bersama," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >