Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stadium di OTH paling pelik, kata peminat bola sepak yang telah merantau seluruh dunia

Jul 26, 2023 | 12:21 PM



Beliau ‘terbang’ sejauh 10,000 kilometer ke Singapura untuk menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Singapura antara Geylang International dan Hougang United di Our Tampines Hub (OTH).

Katanya stadium di OTH ‘pelik’....kenapa pula?

Ini bukan kunjungan pertama peminat bola sepak yang juga ‘influencer’ YouTube, Sam, ke Singapura, sepertimana yang dikongsikan dalam video yang dimuatnaik di YouTube itu.

Dalam video tersebut, Sam berkongsi bagaimana beliau menyesuaikan diri dengan cuaca panas dan sistem pengangkutan awam.

Beliau kemudian menunjukkan sarapannya dari 7-Eleven- keju dan ‘Onigiri’ - sebelum meneruskan perjalanan ke OTH.

Namun, beliau ‘terkejut’ sebaik melihat OTH.

“Stadium ini cukup berlainan daripada stadium-stadium lain yang pernah saya lihat. Ia kelihatan begitu moden, bersih dan cantik,” katanya dalam video itu.

Selepas meninjau bangunan padat di keliling stadium itu, beliau berkata: “Ia tidak kelihatan seperti kawasan di mana stadium biasanya dibina.”

OTH terletak di estet perumahan awam.

Semasa memasuki hab tersebut, Sam terkejut melihat kedai-kedai yang banyak, membuat beliau tertanya-tanya lokasi stadium itu.

Selepas melihat peta OTH dan bagaimana stadium itu dikelilingi “pusat beli belah”, Sam berkata:

“Saya cukup kagum, kerana ini stadium yang cukup pelik dan pada masa yang sama mengagumkan,” katanya sementara bersiar-siar di taman eko-masyarakat di hab itu.

Sam juga ‘keliru’ melihat bagaimana pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada masa yang sama di satu tempat- ini termasuk orang ramai yang berlari-lari anak di kawasan tersebut semasa perlawanan bola sepak sedang berlangsung.

Ruang komen video tersebut dipenuhi warga Singapura, dan sebahagian mereka menyatakan OTH mempunyai ciri landskap kreatif memandangkan kurangnya ruang di Singapura.

Semasa menemui penonton dan peminat Tampines Rovers semasa perlawanan itu, Sam bertanya: “Dari segi bola sepak di Asia, bagaimana kedudukan liga Singapura jika dibandingkan dengan Jepun atau Indonesia?”

“Saya rasa cukup rendah,” jawab lelaki itu sambil tersenyum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >