Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat imuno-onkologi Biosyngen buka kemudahan terapi sel baru di S’pura

Jun 28, 2023 | 05:05 PM



Sebuah kemudahan yang akan menyokong pembikinan sel untuk imunoterapi di Singapura dan di seluruh dunia telah ditubuhkan di sini.

Pembukaan rasmi kemudahan Amalan Pengilangan Baik (GMP) itu diumumkan pada Rabu oleh Biosyngen, sebuah syarikat imuno-onkologi dengan teknologi yang menyasarkan keperluan perubatan yang tidak dipenuhi dalam rawatan limfoma dan ketumbuhan.

Kemudahan di Tai Seng Avenue itu akan mewujudkan lebih 200 pekerjaan untuk industri terapi sel dan gen (CGT) dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Majlis pembukaan itu dihadiri Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.

Dalam ucapannya, Encik Tan berkata terapi sel, yang antara lain dapat menyembuhkan penyakit, akan merevolusikan perubatan, tetapi cabaran seperti memerlukan tenaga kerja yang ramai dan dalam memastikan keseragaman semasa pengeluaran terus ada.

Singapura telah memulakan perjalanan untuk mengatasi cabaran-cabaran itu, katanya, antara lain dengan penubuhan Program Pembikinan Lanjutan Terapi Sel Singapura (STAMP) bagi menyokong pembikinan huraian terapi sel yang diperibadikan dan sedia ada.

Negara ini juga telah menubuhkan Institut Penyelidikan dan Terapi Sel Lanjutan, Singapura (ACTRIS) untuk menyokong syarikat pemula bioteknologi dalam penemuan, pembangunan proses dan pembikinan terapeutik berasaskan selular mereka.

“Pendekatan tradisional terhadap rawatan, seperti perubatan dan pembedahan, telah banyak meningkatkan kehidupan manusia. Tetapi masih terdapat banyak keadaan dan penyakit yang masih mencari penawar. “Ubat hidup” dalam bentuk terapi sel berpotensi untuk merekayasa semula tubuh manusia, melaraskan imuniti kita dan menyembuhkan penyakit. Di peringkat global, pasaran terapi sel dijangka berkembang dengan pesat kepada sekitar AS$45 bilion ($60.8 bilion) menjelang 2030,” kata Encik Tan.

Kemudahan itu mematuhi saranan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat terkini dan membolehkan Biosyngen menjalankan pengeluaran automatik dan sistem tertutup – amalan terbaik yang menjadi pilihan dalam industri CGT.

Direka bentuk dengan pembendungan dalam setiap ruang pengeluaran, kemudahan itu boleh menyokong pelbagai ujian klinikal secara serentak.

Dalam kenyataannya, Biosyngen menukil statistik daripada The Global Cancer Observatory (GCO) bahawa terdapat lebih lima juta kematian akibat ketumbuhan barah di Asia pada 2020, membentuk 60 peratus daripada kadar kematian dunia.


Kebanyakan ketumbuhan bertindak balas dengan lemah terhadap rawatan barah konvensional seperti kemoterapi.

“Kemudahan GMP baru Biosyngen akan memanfaatkan keupayaan inovatif untuk memajukan pembangunan imunoterapi terkini bagi meningkatkan hasil rawatan untuk ketumbuhan sedemikian,” kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >