Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES KEBOCORAN DATA

Syarikat Razer menang saman, dapat ganti rugi $8.7j

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT perkakas mainan Razer telah memenangi tuntutan mahkamah terhadap vendor teknologi maklumat (IT) atas kebocoran data, dan telah diberikan ganti rugi sebanyak AS$6.5 juta ($8.7 juta) oleh Mahkamah Tinggi semalam.



Maklumat penghantaran dan butiran tempahan ribuan pelanggan di seluruh dunia telah dibocorkan dalam satu kejadian pencerobohan keselamatan siber yang dilaporkan secara meluas pada September 2020.



Firma perkakas mainan tersebut, yang mempunyai ibu pejabat di Singapura dan Amerika Syarikat, menyaman vendor Capgemini, pada tahun yang sama atas pencerobohan itu.



Ganti rugi yang diberikan sebahagian besarnya terdiri daripada AS$6.1 juta atas kerugian yang dialami platform e-dagang Razer.



Jumlah yang diberikan itu juga termasuk sekitar AS$60,000 bagi pakar forensik yang diupah Razer untuk menyiasat insiden tersebut, AS$320,000 untuk mendapatkan khidmat firma guaman berurusan dengan pengawal selia, dan bayaran AS$2,000 kepada perunding keselamatan siber Bob Diachenko, yang menemui pencerobohan itu.



Pertikaian itu timbul kerana salah konfigurasi fail pelayan, yang seterusnya membawa kepada kebocoran data.



Razer, yang diwakili Encik Wendell Wong dan Encik Andrew Chua dari Drew & Napier, berkata salah konfigurasi itu berlaku sewaktu tetingkap 16 minit pada 18 Jun 2020.



Razer berkata bekas kakitangan Capgemini, Encik Argel Cabalag, yang ditugaskan untuk melakukan analisis dan penyelesaian masalah selepas kakitangan Razer tidak dapat masuk ke dalam sistem, adalah satu-satunya individu yang mengakses pelayan sewaktu tetingkap 16 minit itu.



Razer berkata Encik Cabalag menambahkan perintah "#" pada fail konfigurasi yang mengawal keselamatan pada aplikasi komputer.



Salah konfigurasi ini membenarkan akses yang tidak disahkan ke dalam aplikasi.



Capgemini, yang diwakili Peguam Kanan, Encik Andre Yeap, dari Rajah & Tann, berkata kakitangannya tidak menyebabkan salah konfigurasi itu dan mengatakan bahawa alamat IP baru yang ditetapkan Razer boleh menjadi puncanya.



Bagaimanapun, pada hari keenam perbicaraan, Encik Cabalag mengakui bahawa beliaulah yang menyebabkan kesalahan pada konfigurasi itu.



Dalam penghakiman bertulis, Hakim Lee Seiu Kin mendapati bahawa bantuan Encik Cabalag mengenai masalah log masuk itu berada dalam skop kerja yang ditetapkan melalui perjanjian yang dilakukan pada April 2020 antara dua pihak tersebut.



Hakim berkata Capgemini telah melanggar kewajipan kontrak bersama Razer dan juga cuai dalam tindak balasnya terhadap masalah log masuk Razer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >