Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahap percaya antara warga, pemerintah kunci kemajuan S'pura: DPM Wong

Tekankan pentingnya bertindak secara konsisten semasa berurusan dengan warga sendiri, masyarakat antarabangsa
Sep 17, 2022 | 05:30 AM



TAHAP kepercayaan antara pemerintah dan warga Singapura adalah tinggi, namun pemerintah tidak harus leka dan menganggap ia akan sentiasa kekal, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semalam.



DPM Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata bahawa Singapura mencapai kemajuan kerana masyarakat mempunyai kepercayaan tinggi dan ini telah membolehkan Singapura berkembang maju dalam persekitaran baru dan perubahan asas dalam percaturan global.



"Kepercayaan warga Singapura terhadap pihak pemerintah membolehkan mereka mematuhi langkah-langkah pemerintah dan bekerjasama menjalankan peranan mereka," ujar beliau dalam ucapannya di Simposium Sanjung Antarabangsa yang berlangsung di Regent Singapore semalam.



DPM Wong menekankan bahawa pihak pemerintah perlu sentiasa bertindak secara konsisten dalam hal-hal domestik dan antarabangsa sambil mempertahankan kepentingan Singapura dan warganya.



"Kami menegakkan undang-undang tanpa sebarang toleransi terhadap rasuah, supaya orang ramai dan perniagaan di sini mempunyai keyakinan bahawa mereka mendapat keadilan dan boleh beroperasi dengan berkesan di Singapura.



"Kami juga menggunakan pendekatan ini apabila berurusan dengan negara lain; berurusan dengan jujur dan berpegang teguh pada kata-kata kita walaupun ia bermakna terpaksa tidak bersetuju dengan kuasa yang lebih besar dari masa ke masa," ujar beliau.



Beliau menambah bahawa negara lain memandang serius pendirian Singapura walaupun saiznya yang kecil dan melihatnya sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai kerana sikap konsisten dan berprinsip dalam cara Singapura bertindak.



Beliau menyatakan bahawa pihak pemerintah juga menghormati setiap rakyat Singapura kerana kemajuan Singapura berkaitan rapat dengan kesejahteraan warga Singapura.



Oleh itu, meningkatkan kemahiran pekerja, membina sistem pendidikan yang memaksimumkan potensi setiap kanak-kanak dan menyediakan perumahan yang mampu dimiliki adalah antara cara Singapura menghormati rakyatnya.



"Peningkatan setiap pekerja adalah teras misi ekonomi kami, dan kami telah menjalin hubungan dan perkongsian tiga pihak yang harmoni antara majikan, kesatuan sekerja dan pemerintah berdasarkan tujuan bersama ini.



"Kami juga membina sistem pendidikan yang memaksimumkan potensi setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang mereka dan menyediakan perumahan awam yang mampu dimiliki rakyat Singapura supaya semua orang boleh mempunyai kepentingan dalam kemajuan negara," ujar beliau.



Namun demikian, tahap kepercayaan yang tinggi dalam masyarakat tidak boleh diambil mudah serta menganggap ia akan sentiasa kekal.



Mendapatkan pandangan rakyat untuk menyegarkan dan mengukuhkan kompak sosial dan melakar cara baru untuk maju ke hadapan bersama-sama adalah penting.



Pihak pemerintah telah melancarkan inisiatif Forward Singapore sebagai satu usaha untuk melibatkan warga dalam membentuk masa depan negara.



"Apabila kita hilang kepercayaan, semuanya akan berlaku dengan cepat dan kita akan sentiasa menghadapi risiko kepercayaan yang akan hilang dan terhakis dalam masyarakat kita.



"Oleh itu, kita mesti sentiasa melibatkan semua rakyat Singapura dan mendengar pandangan mereka, terutamanya pandangan yang mungkin berbeza daripada apa yang kita pegang.



"Kita harus bercakap secara jujur mengenai kebimbangan kita, dan bagaimana kita boleh menanganinya bersama-sama dan melakukan segala yang kita mampu untuk memastikan impian Singapura kekal hidup dan sihat untuk setiap rakyat," katanya.



Berkongsi pandangan beliau mengenai masa hadapan Singapura, DPM Wong berkata: "Saya ingin melihat Singapura yang inovatif dan kreatif; sebuah negara di mana kita boleh melakukan penyelesaian teknologi tinggi untuk diri kita sendiri dan dunia, di mana setiap orang berusaha untuk mencapai yang terbaik dan saling bantu-membantu untuk mencapainya.



"Saya ingin melihat Singapura yang lebih adil dan inklusif di mana kita terus menjaga satu sama lain dan berpeluang mendekati cita-cita kita untuk mencapai sebuah rakyat yang bersatu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >