MULAI Januari tahun depan, Encik Tan Kiat How akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), menurut kenyataan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) yang dikeluarkan semalam.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Setiausaha (Siber dan Teknologi) di MCI, Encik Tan berkhidmat di Penguasa Pembangunan Infokom (IDA), Kementerian Kewangan dan Pejabat Generasi Perintis (PGO).