Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanah runtuh di Clementi: Sebahagian penghubung taman dibuka semula

Sep 05, 2022 | 05:30 AM



SATU bahagian penghubung taman (PCN) berhampiran tapak binaan Bina Ikut Tempahan (BTO) di Clementi telah dibuka semula, tetapi satu bahagian lagi masih ditutup untuk keselamatan awam, berikutan kejadian tanah runtuh di tapak itu Jumaat lalu.



Pada awal pagi Jumaat, tanah runtuh di tapak binaan Clementi NorthArc di Clementi Avenue 6 itu merosakkan penghubung taman itu dan menyebabkan tanah menggelongsor ke dalam Terusan Ulu Pandan.



Memberikan maklumat terkini semalam, Lembaga Taman Negara (NParks) berkata dalam satu catatan Facebook bahawa sebahagian penghubung taman itu akan kekal ditutup menyusuli penilaian yang dijalankan NParks, agensi air negara PUB dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Bahagian penghubung taman itu adalah antara Boon Lay Way dengan Clementi Road dan lebih dekat dengan kawasan kegagalan cerun.



"Ini adalah untuk keselamatan awam disebabkan kerja pemulihan dan pembaikan yang sedang dijalankan dan dirancang, dan potensi risiko banjir," kata NParks.



Penghubung taman di luar bahagian dari Clementi Road ke Commonwealth Avenue West, dekat Ghim Moh Road, akan dibuka.



NParks dan PUB akan memantau dengan teliti ramalan hujan dan paras air di terusan itu dan akan menutup penghubung taman buat sementara apabila perlu.



Secara berasingan, PUB berkata dalam catatan Facebook semalam bahawa orang ramai dinasihatkan mengelak menggunakan penghubung taman itu apabila hujan lebat.



"Sekiranya banjir berlaku, pergi ke tanah tinggi dan elakkan meredah air banjir," kata PUB.



Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Negara, Cik Sim Ann, yang merupakan Anggota Parlimen kawasan itu, juga berkata dalam satu catatan Facebook bahawa penghubung taman dari Clementi Road ke Commonwealth Avenue West, dekat Ghim Moh Road, akan dibuka.



"Saya berharap ini dapat mengembalikan kemudahan kepada sebahagian penduduk yang terjejas daripada menggunakan penghubung taman itu sejak Jumaat," kata beliau.



Cik Sim berkata bagi bahagian yang masih ditutup berdasarkan penilaian NParks, PUB dan HDB, mereka memohon pemahaman orang ramai kerana ia adalah demi keselamatan.



Setakat ini, satu saluran telah dibentuk daripada tanah yang menggelongsor ke dalam Terusan Ulu Pandan itu, dalam usaha mengelak banjir selepas tanah runtuh di tapak itu.



Projek BTO itu dilancarkan pada Februari 2017 dengan tarikh selesai pembinaan dianggarkan pada separuh kedua tahun ini.



Tanah runtuh itu juga menjejas sebahagian tapak binaan BTO tersebut di mana sebuah tembok - yang dapat menahan tanah atau air - sedang dibina sebagai persiapan untuk pembinaan gelanggang bola keranjang dan astaka di kawasan itu.




"Sekiranya banjir berlaku, pergi ke tanah tinggi dan elakkan meredah air banjir."
- PUB, dalam satu catatan Facebook menasihatkan orang ramai mengelak menggunakan penghubung taman di Clementi yang terjejas dek tanah runtuh apabila hujan lebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >