PEMBELI flat kali pertama dan pemilik flat dijangka tertarik untuk membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru di beberapa tapak di Yishun, Sembawang dan Sengkang, kerana mereka akan mendapat flat itu lebih cepat, dalam masa dua setengah tahun, berbanding tiga hingga empat tahun bagi flat BTO biasa.
Namun, pilihan baru itu tidak akan memberi kesan besar dalam mengurangkan permintaan dan harga flat jualan semula, menurut beberapa ejen dan pengamat hartanah.