Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teleperubatan percuma untuk pesakit Covid-19 dihenti mulai 11 Sep

Sep 07, 2023 | 04:52 PM



Perkhidmatan teleperubatan percuma untuk semua pesakit Covid-19 akan ditamatkan mulai 11 September, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, MOH mengatakan pesakit yang dirujuk pada atau sebelum 10 September 2023 akan terus menerima teleperubatan secara percuma selama 14 hari dari tarikh rujukan.

“Pada masa ini, pesakit yang mempunyai risiko Covid-19 lebih tinggi, termasuk mereka yang mengalami komorbiditi atau mempunyai sistem imun lemah, boleh dirujuk oleh doktor mereka untuk mendapatkan teleperubatan percuma,” kata MOH.

Ini telah dilaksanakan sejak Februari 2023 untuk mengurangkan beban Jabatan Kecemasan (ED) hospital.

Komorbiditi merujuk pada keadaan seseorang menghadapi dua atau lebih penyakit serentak dan ia mungkin berkaitan atau kaitannya belum jelas.

Sepanjang tiga bulan lalu, secara purata sekitar 50 pesakit Covid-19 setiap bulan menerima teleperubatan percuma, tanpa sebarang peningkatan dalam beban kerja ED kerana keadaan pesakit secara amnya tidak serius.

Justeru, pemberhentian perkhidmatan teleperubatan percuma tidak akan memberi kesan ketara ke atas kapasiti ED hospital di Singapura, ujar MOH.

Pesakit diuji positif Covid-19 yang ingin mendapatkan bantuan perubatan boleh berunding dengan doktor secara peribadi atau memilih penyedia perkhidmatan teleperubatan melalui laman web FluGoWhere (https://flu.gowhere.gov.sg/).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >