Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tentera AS-SG selesai latihan bersama

Dec 09, 2022 | 05:25 PM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) dan Kor Marin Amerika Syarikat (USMC) telah menamatkan Latihan Valiant Mark (XVM) dua hala tahunan edisi ke-25 hari ini (9 Dis), kata  Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef) dalam satu kenyataan.


Diadakan di Singapura dari 28 November lalu hingga semalam, sekitar 850 kakitangan dari Briged Infantri Singapura Ketujuh SAF, Batalion Ketiga Pengawal Singapura dan Pasukan Putaran Marin USMC Asia Tenggara, I MEF menyertai latihan itu.


Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) turut menyokong latihan itu dengan dua helikopter serangan Apache AH-64D dan tiga helikopter Chinook CH-47.


Latihan itu berakhir dengan misi batalion bawaan helikopter, melibatkan perancangan bersama dan serangan yang disengajakan oleh tentera di Kemudahan Latihan Bandar Murai.


Dilancarkan pada 1991, XVM menekankan hubungan pertahanan dua hala yang sangat baik dan terjalin lama antara Singapura dengan Amerika.


Kedua-dua tentera berinteraksi secara kerap melalui pelbagai latihan dua hala dan pelbagai hala, lawatan peringkat tinggi, pertukaran profesional serta penyertaan dalam kursus dan seminar.


Pertukaran yang saling menguntungkan ini telah meningkatkan profesionalisme, mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera, dan menjalin hubungan dan persahabatan yang erat di kalangan kakitangan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >