Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Teruskan tradisi keluarga agih bubur Ramadan walau berlainan agama

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



WALAUPUN beragama Hindu, Encik B. Vijaya Ragavan ingin sebarkan semangat Ramadan dengan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui pengedaran bubur percuma kepada warga Islam.



Encik B. Vijaya, 34 tahun, merupakan pemilik perniagaan generasi ketiga dan mengusahakan sebuah kedai sembelih yang disahkan halal di Pasar Tekka.



Di situlah beliau dan kakitangannya mengedarkan bubur percuma kepada umat Islam sepanjang Ramadan setiap tahun.



Kedainya, G.V. Meat Distributors 1957 Pte Ltd, terletak di tingkat satu di Pasar Tekka, yang diasaskan datuknya, Encik Govindasamy Veraapan pada 1957.



Kedai itu kemudian diserahkan kepada bapanya, Encik Patmanathan G.V., dan perniagaan kemudian diambil alih oleh Encik B. Vijaya pada 2015.



Kata beliau ketika dihubungi Berita Harian:



"Datuk saya memulakan inisiatif bubur percuma ini ketika beliau baru-baru membuka kedai ini.



"Apabila bapa saya mengambil alih perniagaan ini, beliau pun meneruskan inisiatif itu.



"Sekarang, sebagai pemilik kedai, saya juga ingin meneruskan pengedaran bubur percuma ini dan mengikuti jejak mereka kerana saya suka beramal."



Beliau berkongsi bahawa kedainya bekerjasama dengan penyedia makanan, Adam's Kitchen, yang baru-baru ini membuka gerai baru di Changi Road, untuk menyediakan bubur-bubur itu.



300 bekas bubur akan dihantarkan kepada kedai Encik B. Vijaya setiap hari sekitar 1 petang untuk diedarkan kepada pelanggan, orang awam dan penduduk di persekitaran Pusat Tekka.



Apabila ditanya mengapa beliau memutuskan untuk mengambil alih kedai itu, Encik B. Vijaya berkata:



"Saya telah membantu di kedai ini sejak saya kecil.



"Tetapi saya berhenti membantu selepas menamatkan Perkhidmatan Negara (NS) dan apabila saya telah mendapat pekerjaan tetap.



"Pada suatu hari, ayah saya tanya jika saya mahu mengambil alih perniagaan ini. Saya rasa gembira dan bersetuju kerana kedai ini istimewa buat saya."



Jelas daripada wajah dan tata tertibnya yang beliau merupakan seorang yang peramah dan murah hati ketika berinteraksi dengan pelanggannya.



"Sesiapa saja boleh beramal, tak kira perbuatan kecil atau besar. Saya bersyukur dapat menyumbang kembali kepada masyarakat Islam kerana mereka membentuk majoriti pelanggan kami.



"Saya percaya agama tidak penting ketika melakukan kebaikan. Yang penting, kami dapat menolong orang yang memerlukan," ujar Encik B. Vijaya.




"Sesiapa saja boleh beramal, tak kira perbuatan kecil atau besar. Saya bersyukur dapat menyumbang kembali kepada masyarakat Islam kerana mereka membentuk majoriti pelanggan kami.



Saya percaya agama tidak penting ketika melakukan kebaikan. Yang penting, kami dapat menolong orang yang memerlukan."



- Encik B. Vijaya Ragavan, pemilik G.V. Meat Distributors 1957 Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >