Berbaju merah keunguan seumpama warna manggis dan sedondon dengan payung yang dibawanya, Cik Hamidah Mohd Salleh dan beberapa lagi penduduk Taman Jurong sanggup “turun padang” dari bahagian barat Singapura ke ibu pejabat Persatuan Rakyat semata-mata untuk memberi sokongan kepada mantan Anggota Parlimen (AP) mereka, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang kini bertanding sebagai calon presiden.
Biarpun di bawah terik mentari, mereka tetap bersemangat, sabar menunggu selama lebih dua setengah jam untuk menantikan Encik Tharman ditampilkan sebagai calon presiden sempena Hari Penamaan Calon yang berlangsung di PA, berhampiran Stadium Jalan Besar.
Bagi Cik Hamidah, 50 tahun, seorang pemilik gerai makan, Encik Tharman ialah seorang AP yang “sangat baik”.
Encik Tharman ialah mantan menteri kanan dan menjadi AP GRC Jurong selama lebih dua dekad, antara 2001 hingga Julai tahun ini.
“Dia memahami rakyatnya dan itu yang membuat kami datang ke sini untuk menyokongnya. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Kami tahu dia akan dapat pergi jauh sebab dialah yang terbaik,” kata Cik Hamidah, yang tinggal di kawasan Taman Jurong selama 47 tahun.
Seorang lagi penyokong Encik Tharman yang ditemui Berita Harian ialah Encik Shahiful Bahari, berusia 50-an tahun.
Menurut beliau, seorang presiden Singapura mesti tahu bagaimana untuk menampilkan dirinya dengan baik, mewakili seluruh rakyat daripada pelbagai latar belakang semasa di dalam mahupun di luar negara.
Betapa kata-kata membuat kita rasa terpana atau khayal terbuai lena mengawang entah ke mana
Betapa kata-kata bagai mata panah tajam menusuk ke jiwa raga lalu menikam bagaikan kuku sang helang
MAAROF SALLEH
Syahrir dipinang menjadi calon pilihan raya.
Berita itu tidak mengejutkan dirinya. Demikian juga kepada beberapa kenalan yang rapat dengannya. Penyertaan seorang aktivis sepertinya dalam
Setiap kemunculan Hari Ibu, pelakon Siti Hajar Abdul Gani akan terkenangkan pengorbanan bukan satu, tetapi tiga ibu dalam kehidupannya – ibu kandung, ibu angkat dan ibu mentua.
Sewaktu kecil, beliau
Sejak dahulu pelancongan di Vietnam terkenal kerana pemandangan indah pantainya sepanjang 3,260 kilometer, sungai, reka bentuk pagoda dan bangunannya serta bandarnya yang sibuk.
Tidak hairanlah
Ketika di lebuhraya mata lebih lena dari tidur di tilam empuk tanpa peduli siapa pemandunya
Ketika di atas awan perut lebih berselera dari makan di meja restoran tanpa peduli siapa juruterbangnya
Ketika
Setiap hari adalah Hari Ibu buat pelakon telefilem Hari Ibu, Mama Drama Queen, Deanna Manto.
Justeru, setiap apa yang baik dilakukan tiga anaknya yang berusia antara lapan hingga 19 tahun, mudah
Meskipun sudah merakam empat lagu sendiri di gedung digital Spotify dengan salah sebuah lagu Kekasih Hatiku sudah distrim hampir 50,000 kali, bakat muda Singapura, Izzan Adlan, ingin tahu sejauh mana
Bayangkan suapan sandwic ‘deli’ yang menampilkan pastrami yang disalai, dilapisi dengan sos mustard, sauerkraut dan keju.
Itulah yang pengalaman yang ditawarkan di Deli by The Meatery, dengan rasa
OpenAI, pereka ChatGPT, berkata ia akan mengeluarkan model AI baru yang dipanggil GPT-4o yang mampu menghasilkan perbualan suara yang realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan imej.
Ia
SAN FRANCISCO: Syarikat pembuat kenderaan elektrik Tesla, mahu memberhentikan lagi 601 pekerja di California, kata syarikat itu dalam satu pemberitahuan kepada pemerintah negeri.
Ini berlaku sedang

“Saya menyokongnya kerana dari sudut auranya, jawatan yang sudah dipegangnya dan secara keseluruhan, cara dia berbicara, yang agak jelas untuk difahami… Saya yakin dia boleh menang,” kata Encik Shahiful, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif Kesatuan Pekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI). – ZULAIQAH ABDUL RAHIM