Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERGOLAKAN DI SRI LANKA

'Tiada gas untuk masak... nak beli sekilo beras pun tak boleh...'

Jul 16, 2022 | 05:30 AM



MARAH dan kecewa dengan pemerintah negara mereka, rakyat Sri Lanka memutuskan memulakan Aragalaya atau 'Revolusi Rakyat'.



Tunjuk perasaan yang pada awalnya aman itu bertukar menjadi ganas, sehingga menyebabkan presiden negara tersebut, Encik Gotabaya Rajapaksa akhirnya meletakkan jawatan setelah melarikan diri susulan protes besar-besaran berhubung pemerintahannya.



Dihubungi Berita Harian, warga Sri Lanka yang tinggal di Colombo, Cik Shabnam Muzammil berkata:



"Kami tidak mempunyai gas untuk memasak dan kami tidak ada elektrik untuk menggunakan periuk nasi elektrik, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan sebagainya, jadi orang ramai sangat marah.



"Saya datang dari latar belakang kelas pertengahan, dan jika saya rasa sangat susah (hidup dalam keadaan sedemikian), saya tak dapat bayangkan apa yang dilalui mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan," kata beliau.



Beliau, 35 tahun, yang juga penduduk tetap (PR) Singapura turut menyertai dalam tunjuk perasaan itu.



Malah, menurutnya, semua kenalannya, termasuk bapanya yang berusia 70 tahun, ketua agama, karyawan dan belia juga turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut.



"Kami mahukan ketelusan. Tunjuk perasaan ini telah memberi mesej yang kuat kepada bakal ahli politik iaitu kami rakyat Sri Lanka tidak akan berdiam diri jika ketidakadilan berlaku kepada kami," tambahnya.



Bahkan, seorang lagi yang dihubungi akhbar ini, Cik Hasinah Mohamed, 51 tahun, warga Singapura yang berkahwin dengan seorang warga Sri Lanka dan telah menetap di sana sejak 1994, berkata mereka sudah diberi bayangan bahawa keadaan sedia ada akan berlaku sejak awal tahun ini.



"Kami mendapat maklumat bahawa kedai menyorok barang, mereka tidak menjual barang seperti biasa," katanya, sambil menjelaskan bahawa jika dahulu beliau dapat membeli 30 paket susu sekali gus, kini beliau hanya dibenarkan membeli lima paket sekali setiap minggu.



Beliau yang membantu menguruskan rumah anak yatim di sana menambah:



"Walaupun saya berada di Singapura, saya masih bertanggungjawab untuk mendapatkan catuan kering dan barangan runcit dan saya membayarkan bil api air mereka.



"Selalunya saya akan menghubungi satu kedai itu untuk membuat pesanan dan meminta mereka menghantar barang (yang ditempah), tetapi mereka tidak dapat membantu saya lagi kerana mereka mengatakan mereka mempunyai maklumat dalaman bahawa negara akan menghadapi sesuatu seperti ini dan mereka diberitahu untuk menyekat apa sahaja yang mereka jual kepada orang ramai."



Cik Hasinah telah pulang ke Singapura dengan keluarganya sejak bermula pandemik Covid-19 pada awal 2020, namun masih berhubungan dengan saudara dan sahabat handai di Sri Lanka setiap hari.



Jiran-jirannya mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di sana dan kerap menghantar video dan gambar keadaan yang berlaku.



"Semua orang berasa marah kerana mereka undi beliau (Rajapaksa) dengan fikiran bahawa beliau akan menjaga mereka semua.



"Mereka rasa telah ditipu kerana beliau telah berjanji banyak perkara tetapi tiada satu pun yang dikotakan... nak beli sekilo beras pun tak boleh sekarang kerana sangat mahal," katanya.



"Orang ramai tidak senang bahawa keturunan Rajapaksa masih memerintah, mereka mahukan perubahan.



"Mereka mahukan orang yang lebih muda dan baru untuk menguruskan negara, bukan sesiapa di dalam parlimen sekarang kerana mereka menganggap sesiapa yang berada di parlimen ada kena-mengena dengan keluarga Rajapaksa, dan jika diberi kuasa, hanya akan melakukan apa yang disuruh Rajapaksa."



Speaker Parlimen Sri Lanka, Encik Mahinda Yapa Abeywardana, mengesahkan telah menerima peletakan jawatan secara rasmi Encik Rajapaksa, yang dikemukakan dalam surat yang dihantar melalui e-mel semalam.



"Beliau telah meletakkan jawatan secara sah, berkuat kuasa Khamis (kelmarin). Saya menerima peletakan jawatan itu," kata Encik Abeywardana kepada pemberita.



Encik Ranil Wickremesinghe pula mengangkat sumpah sebagai Pemangku Presiden semalam, selepas Encik Rajapaksa melarikan diri dahulu ke Maldives, sebelum kemudiannya ke Singapura.



Encik Abeywardana berkata Parlimen Sri Lanka akan memilih presiden baru Rabu ini.



Dalam satu kenyataan ringkas, Encik Abeywardana berkata pencalonan untuk jawatan itu akan dibuat pada Selasa ini dan Ahli Parlimen akan mengundi pada hari berikutnya.



Pengumuman itu diraikan penunjuk perasaan yang berpesta di Colombo, ibu kota Sri Lanka, selepas berbulan-bulan menuntut pengunduran Encik Rajapaksa dan juga Encik Wickremesinghe yang sebelum ini adalah perdana menteri negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >