Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak berfikir dua kali untuk tulis 'kisah Fandi'

May 29, 2022 | 05:49 AM



SEBAGAI peminat sukan tempatan dan seorang yang gemar menulis dan mempunyai pengalaman luas dalam menulis buku-buku, Cik Durga Poonambalam tidak teragak-agak untuk menjawab apabila ditanya oleh suaminya kisah siapa yang ingin beliau tuliskan di Singapura.



Sebagai nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat sukan baik di Singapura mahupun di rantau ini, bagi Cik Durga, Fandi Ahmad telah meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan ramai orang.



Beliau juga menganggap Fandi sebagai seorang yang berjaya menyatukan rakyat Singapura menerusi sukan bola sepak.



"Saya telah mengikuti kisah perjalanan kehidupan Fandi di dalam padang bola sepak sejak saya masih kecil lagi. Saya akan menyaksikan perlawanan bola sepak bersama keluarga saya, dan saya masih ingat lagi sorakan yang kami beri setiap kali Fandi menjaringkan gol.



"Ia sungguh menarik apa yang telah beliau berjaya lakukan, dan saya kagum dengan pencapaiannya.



"Ramai yang dapat mengaitkan kisah kehidupan Fandi dengan diri mereka sendiri sewaktu mereka membesar di Singapura. Beliau juga telah membuat kita rasa seperti kita tergolong dalam sesuatu yang lebih besar dan memantulkan semangat jiwa Singapura dalam diri setiap daripada kita.



"Disebabkan itu, saya berasakan kisah kehidupannya ini berhak dibukukan dan dijadikan panduan kepada semua, terutama generasi yang muda," kata penulis biografi Fandi: Honour & Sacrifice itu.



Mengetengahkan dan merakam kisah seorang ikon bola sepak negara yang telah banyak menyumbang kepada sukan Singapura dan juga di luar negara, bukanlah satu perkara yang mudah.



Buku yang mengambil masa empat tahun untuk dihasilkan itu memerlukan Cik Durga mengembara jauh hingga ke Belanda untuk bertemu dengan rakan-rakan lama Fandi.



Memburukkan keadaan lagi, pandemik Covid-19 telah menyukarkan usaha mereka untuk mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan.



"Kami pada mulanya ingin melancarkan biografi ini pada 2020, namun disebabkan Covid-19 kami terpaksa menundanya kerana buku ini masih belum lengkap lagi," tambah beliau.



Namun begitu, beliau gembira dapat diberikan peluang keemasan ini bukan sahaja menulis untuk Fandi, malah mengenali legenda bola sepak itu dengan lebih dekat lagi.



Menjawab pertanyaan wartawan sama ada tanggapannya tentang Fandi berubah sejak menyusuri kisah hidupnya dengan lebih mendalam, Cik Durga berkata:



"Sebelum bertemu Fandi, saya telah mendengar banyak perkara tentang beliau - bagaimana beliau seorang yang merendah hati dan sangat peramah.



"Kadangkala apabila anda mengenali seseorang dengan lebih mendalam, mereka mungkin bukan orang yang anda sangkakan, tetapi dengan Fandi, saya boleh katakan bahawa beliau adalah sepertimana yang orang gambarkannya.



"Ketika kami berada di Groningen, ada seorang penduduk yang sedang berbasikal tiba-tiba berhenti untuk menyapa Fandi. Ia sungguh menakjubkan bagaimana mereka masih mengingatinya walaupun selepas bertahun lamanya."



Menyentuh tentang harapannya untuk buku ini dan mengapa orang ramai perlu mendapatkannya, Cik Durga berkata:



"Ia merupakan kisah yang boleh kami kaitkan dengan diri kami dan jika anda mempunyai impian yang ingin anda jadikan realiti, kisah Fandi ini akan membantu anda melakukannya.



"Dan yang penting, saya rasa sudah tiba masanya kami meraikan dan memberi pengiktirafan besar kepadanya."




BAGAIMANA ANDA BOLEH DAPATKAN BIOGRAFI 'FANDI: HONOUR & SACRIFICE'



Dijual di kedai buku utama mulai Ahad, 29 Mei 2022:



Popular, Kinokuniya, Times dan Amazan Books



Menerusi laman rasmi: Fandibook.com



Harga senaskah buku: $28.90




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >