Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak perlu gelabah dapatkan bantuan... tekan sahaja butang

Butang amaran peribadi sebahagian Sistem Penggera Amaran wayarles kini dipasang di flat sewa bantu warga tua, mereka yang perlukan bantuan
Feb 08, 2021 | 05:30 AM



SEJAK tahun lalu, Cik Salmah Osman tidak lagi perlu kelam-kabut menelefon ambulans jika sebarang kecemasan berlaku di rumah.



Sebaliknya, dengan hanya menekan satu butang, beliau boleh mendapat bantuan dan pada bila-bila masa sahaja.



Cik Salmah, 69 tahun, tinggal berdua dengan suaminya, Encik Mohd Salleh Yusope, 78 tahun, sejak 2008, di sebuah rumah sewa satu bilik di Jalan Bukit Merah.



Namun, sejak Encik Salleh didiagnos menghidap barah tekak pada tahun lalu, beliau kerap mengalami sesak nafas dan memerlukan rawatan perubatan tetap.



Keadaan itu bermakna Cik Salmah perlu sentiasa berjaga-jaga untuk mendapatkan bantuan bagi suaminya.



Justeru butang khas yang kini dipasangkan di ruang tamu dan tandas flatnya sedikit sebanyak mengurangkan keprihatinannya apabila kecemasan berlaku, ujar Cik Salmah.



Butang amaran peribadi (PAB) itu adalah sebahagian Sistem Penggera Amaran (AAS) wayarles yang sedang dipasangkan di flat-flat sewa yang didiami orang tua atau mereka yang memerlukan bantuan.



Apabila butang ditekan, sistem itu menghubungkan pengguna dengan seorang kakitangan yang akan boleh menghulurkan bantuan susulan.



Menurut Cik Salmah, dalam tempoh setahun alat dipasang di rumahnya, beliau telah menggunakannya empat kali untuk mendapatkan bantuan bagi suaminya.



"Ia mudah dan amat membantu... saya tidak perlu mencari nombor telefon sesiapa pada tengah-tengah malam buta jika sesebuah kecemasan berlaku," ujar Cik Salmah.



"Saya hanya perlu menekan butang dan kemudian ada orang yang menghubungi saya selang beberapa minit untuk bertanya mengenai bantuan yang diperlukan," ujar Cik Salmah, yang mempunyai tiga anak dan 12 cucu.



Menurut Cik Salmah, beliau dan suami lebih suka hidup berdikari dan tinggal sendiri, meskipun ada anak-anak yang melahirkan keprihatinan.



Beliau juga telah berhenti menjual makanan di pusat penjaja Boon Keng, antaranya untuk menjaga suaminya.



Seorang jururawat atau doktor pula akan datang ke rumah dua minggu sekali untuk memberi rawatan.



Sistem bantuan wayarles yang dipasangkan di flat Cik Salmah itu adalah sebahagian AAS yang dipertingkat. Sebelum ini, sistem tersebut merangkumi alat amaran bertali, yang perlu ditarik pengguna untuk memanggil bantuan.



Namun, bagi sistem yang dipertingkat ini, Cik Salmah hanya perlu menekan butang dan merakamkan mesej ringkas yang kemudiannya dihantar secara wayarles menerusi sistem pengurusan yang disediakan agensi teknologi pemerintah GovTech, ke pusat jagaan warga emas yang ditetapkan.



Pada waktu pejabat, seorang pegawai akan menjawab panggilan itu. Namun, jika panggilan tidak berjawab selepas lima minit atau panggilan dibuat di luar waktu pejabat, ia akan dialihkan ke khidmat jagaan talian CareLine yang disediakan SingHealth.



Menyusuli itu, seorang pegawai akan menghubungi pengguna untuk memberikan bantuan susulan.



Pada masa yang sama, sistem siaran awam di kolong blok akan berbunyi dan bernyala untuk memohon bantuan jiran-jiran.



Khidmat itu beroperasi 24 jam sehari.



Sejak program dimulakan di Tampines pada November 2019, sehingga 53 blok flat sewa di serata pulau dijangka dilengkapkan dengan sisterm wayarles itu pada akhir 2022.



Ia antara usaha pemerintah mempergiat usaha melindungi warga emas yang tinggal sendirian atau yang mungkin lebih mudah terjatuh atau memerlukan bantuan.



Ia juga sebahagian projek membina Platform Sensor Negara Bijak oleh GovTech yang bertujuan membina prasarana senegara untuk membolehkan sensor dan alat Internet of Things (IoT) dipasangkan, demi memperbaiki khidmat awam dan mempertingkat pengalaman penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >