Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga orang terbabit dalam kemalangan maut di Choa Chu Kang disiasat kerana beri maklumat palsu

Oct 05, 2022 | 03:30 PM



TIGA orang yang ditahan kerana menyebabkan kematian seorang penunggang penghantaran dalam satu kemalangan kereta pada 27 September, kini disiasat kerana didakwa memberi maklumat palsu kepada polis.


Seorang daripada tiga lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai pemandu kereta terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Choa Chu Kang.


Ketika disoal siasat polis selepas kemalangan itu, ketiga-tiga mereka menafikan bahawa mereka ialah pemandu terbabit. Mereka juga bercanggah antara satu sama lain dalam kenyataan bersama polis.


Ketiga-tiga mereka membantu siasatan bagi kesalahan memberi maklumat yang diketahui seseorang itu palsu kepada penjawat awam dan bagi kesalahan sengaja menghalang perjalanan keadilan, kata polis.


Pada Khamis lalu, polis berkata seorang wanita dan dua lelaki yang berusia 32 hingga 35 tahun ditahan kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian dan memandu dalam keadaan mabuk, 


Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dan e-basikal yang berlaku berhampiran Blok 130 Choa Chu Kang Avenue 1 pada kira-kira 11.20 malam.


Dalam video yang disiarkan di Facebook, penunggang penghantaran itu, 28 tahun, boleh dilihat tidak bergerak di atas jalan raya.


Beliau tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dan kemudiannya meninggal dunia, kata pihak berkuasa.


Mereka yang memberi maklumat yang mereka tahu palsu kepada penjawat awam boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >