Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga remaja antara ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti dadah di Telegram

Sep 29, 2023 | 03:55 PM



Lima warga Singapura berusia antara 17 dengan 21 tahun, termasuk tiga remaja, ditahan pada Rabu kerana didakwa terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah yang dijalankan menerusi aplikasi mesej Telegram.

Biro Narkotik Pusat (CNB), yang menjalankan operasi di pelbagai lokasi, merampas senjata, sejumlah kira-kira 204 gram Ice, 143 gram ganja, 12 pil Ecstasy, 12 gram ketamin, sebotol cecair dipercayai dadah terkawal, wang tunai berjumlah $3,600 dan peralatan dadah.

Menurut The Strait Times, dadah yang dirampas dianggar bernilai sekitar $71,000.

Pada tengah hari 27 September, seorang remaja berusia 20 tahun dan seorang gadis berusia 19 tahun ditahan di sebuah unit perumahan di Boon Lay Drive.

Para pegawai terpaksa memasuki unit itu secara paksa kerana suspek enggan mematuhi arahan supaya membuka pintu.

Kenderaan lelaki itu, yang diletakkan di tempat letak kereta terbuka berdekatan, didapati mempunyai ‘knuckle duster’ (besi yang dipakai pada buku lima) dan pisau, serta sekitar 83 gram Ice, 48 gram ganja, 12 gram ketamin dan sembilan pil Ecstasy.

Pada sebelah petang, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah ditahan di sebuah unit perumahan di Boon Lay Avenue.

Kereta mewahnya mengandungi sekitar 121 gram Ice, 95 gram ganja, tiga pil Ecstasy, sebotol cecair dipercayai dadah terkawal, alat timbang digital dan peralatan dadah.

Pada petang sama, seorang lelaki berusia 21 tahun dan seorang gadis berusia 17 tahun ditangkap di sebuah unit perumahan di Jurong West Street 93, di mana beberapa senjata turut dirampas.

Para pegawai memasuki unit itu secara paksa kerana suspek enggan membuka pintu.

Timbalan Pengarah Divisyen Risikan CNB, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Chang Gim Fook, berkata: “Pesalah dadah yang menganggap aplikasi mesej akan membolehkan mereka melakukan transaksi tanpa nama, mereka silap.”

Tiada tempat selamat, sama ada dalam talian atau luar talian, untuk aktiviti sedemikian, tambahnya.

Siasatan CNB terhadap aktiviti dadah ke atas semua suspek yang ditahan masih diteruskan.

Polis juga sedang menyiasat kedua-dua lelaki berusia 20 tahun dan 21 tahun itu kerana memiliki senjata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >