Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbalan setiausaha Mindef David Neo akan ambil alih jawatan Panglima Tentera Darat pada 10 Mac: Mindef

Feb 11, 2022 | 05:44 PM



TIMBALAN setiausaha (teknologi) di Kementerian Pertahanan (Mindef), Brigedier Jeneral (BG) David Neo akan mengambil alih jawatan Mejar-Jeneral (MG) Goh Si Hou sebagai Panglima Tentera Darat (COA) pada 10 Mac. 



Dalam satu kenyataan, Mindef berkata perubahan ini adalah sebahagian proses pembaruan kepimpinan di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), lapor akhbar The Straits Times. 


BG Neo, 44 tahun, akan menjadi COA SAF yang ke-14, dan juga merupakan pegawai komando pertama memegang jawatan itu. 


MG GOH, juga 44 tahun, telah menjadi COA sejak 21 Mac 2018. 


BG Neo menyertai SAF pada 1996 dan telah berkhidmat dalam pelbagai pelantikan, termasuk Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Pengawal Singapura, Komander Briged Infantri Singapura ke-2 dan Komander Divisyen ke-3 Singapura, kata Mindef. 


Beliau juga telah menggalas jawatan kakitangan utama, termasuk ketua Jabatan Rancangan dan Transformasi Bersama, di mana beliau menyelia sumbangan SAF kepada perjuangan kebangsaan mencegah Covid-19. 


Di luar SAF, BG Neo juga pengarah bagi program Pejabat Generasi Perintis dan ketua bagi pengasas kumpulan Pejabat Generasi Warga Emas di bawah Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC). 


Dalam kenyataannya, Mindef meluahkan penghargaan kepada MG Goh atas “kepimpinan cemerlang dan perkhidmatan unggul kepada Mindef dan SAF”, tetapi tidak menyatakan pelantikannya yang seterusnya. 


Sebagai COA, MG Goh telah susun atur asas transformasi bagi generasi tentera akan datang untuk menghadapi cabaran keselamatan dan tenaga manusia, kata Mindef. 


MG Goh menerajui penyusunan semula Pasukan Bertindak Pertahanan negara ini dan Pasukan Petugas Operasi Khas untuk mengukuhkan keselamatan tanah air dan keupayaan menentang keganasan. 


Beliau menyelia pembangunan kawasan latihan utama setempat dan luar negara untuk memenuhi permintaan latihan tentera pada masa depan. 


Beliau juga menjadi pengerusi bersama Jawatankuasa Reviu Perkhidmatan Negara untuk mengembangkan sumbangan operasi dan memanfaatkan kepakaran ahli NS, dan juga untuk memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik, tambah Mindef. 


“MG Goh juga mengetuai usaha tentera untuk membina budaya keselamatan yang kukuh, untuk mencapai hasil keselamatan yang lebih baik sambil mengekalkan piawaian latihan yang tinggi. 


“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, MG Goh memastikan tentera mengekalkan kesediaan operasi di tengah-tengah cabaran pandemik Covid-19, dan mengetuai tentera untuk menyokong seluruh negara memerangi Covid-19,” kata Mindef. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >