Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TEL3 'penyelamat', permudah penduduk utara jelajah jauh

20 stesen TEL kini beroperasi, hubungkan Woodlands ke kawasan pusat bandar
Nov 14, 2022 | 05:30 AM



MUDAH dan lebih banyak pilihan untuk meneroka, kata penumpang yang ditemui Berita Harian (BH) pada hari pertama khidmat MRT berbayar Laluan Thomson-East Coast 3 (TEL3) semalam.



Sebanyak 11 stesen baru - Stevens, Napier, Orchard Boulevard, Orchard, Great World, Havelock, Outram Park, Maxwell, Shenton Way, Marina Bay dan Gardens by the Bay - di sepanjang laluan itu beroperasi sepenuhnya sejak pagi semalam.



Stesen MRT Gardens by the Bay membuka pintunya kepada awam sekitar 5.50 pagi semalam, dengan kereta api pertama berlepas dari stesen itu kira-kira 6.24 pagi.



Antara penumpang pertamanya ialah Encik Shah Dani Sohaini, 22 tahun, yang menaiki kereta api itu dari stesen Shenton Way.



Anggota Perkhidmatan Negara (NS) itu melakukan perjalanan pulang ke rumah selepas semalaman bersiar-siar di Marina Bay bersama rakannya, Cik Vinodhini Packirisamy, 26 tahun.



Encik Shah, yang berhenti di stesen MRT Stevens Road sebelum menaiki bas untuk ke rumahnya di Bukit Panjang, berkata: "TEL3 ini adalah penyelamat buat kami sebab perjalanan kami untuk pulang ke rumah lebih cepat."



Cik Vinodhini tinggal di Ang Mo Kio dan stesen MRT Mayflower di Ang Mo Kio memendekkan masa perjalanannya ke rumah dan apabila beliau ingin ke kawasan pusat bandar (CBD).



"Adalah lebih mudah untuk ke CBD sekarang berbanding sebelum ini apabila saya perlu mengambil laluan 'merah' (Laluan Utara-Selatan) dan melakukan perjalanan hingga ke hujung laluan.



"Saya juga kini mempunyai lebih banyak pilihan makanan, seperti di Upper Thomson. Saya tidak perlu naik turun bas lagi untuk ke sana," kata pegawai khidmat pesakit kanan itu.



Bagi dua penduduk Woodlands, Cik Irene Chia, 66 tahun, dan Cik You Joon Fah, 65 tahun, TEL3 menyediakan peluang untuk mereka meneroka tempat menarik di serata Singapura.



Ketika ditemui di stesen MRT Woodlands pagi semalam, mereka sedang menunggu kereta api untuk ke Maxwell.



"Kami berdua suka berjalan-jalan dan meneroka pelbagai tempat di Singapura. Dengan pembukaan stesen baru sepanjang TEL, mudah untuk berbuat sedemikian dan kami dapat menjelajah jauh dan ke tempat baru dan menarik," ujar Cik Chia, seorang pesara.



TEL3 adalah sambungan laluan TEL1 sepanjang 3.2 kilometer, melibatkan tiga stesen - Woodlands North, Woodlands dan Woodlands South - yang beroperasi mulai Januari 2020.



TEL2 sepanjang 13km beroperasi sejak Ogos 2021, melibatkan enam stesen - Springleaf, Lentor, Mayflower, Bright Hill, Upper Thomson dan Caldecott.



TEL4 dan TEL5 masing-masing akan siap pada 2024 dan 2025.



Secara keseluruhan, TEL sepanjang 43km dan mempunyai 32 stesen dan menelan belanja lebih $25 bilion, dan akan dihubungkan ke Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura.



Semasa perjalanan BH menaiki kereta api pertama TEL3 dari stesen MRT Gardens by the Bay menghala ke Woodlands North pagi semalam, kira-kira 50 penumpang, yang merupakan pekerja, dilihat menggunakan perkhidmatan itu.



Keseluruhan perjalanan itu mengambil masa sekitar 50 minit.



TEL3 dilancarkan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, di stesen MRT Orchard Jumaat lalu.



Berucap di majlis pelancaran itu, Encik Iswaran berkata TEL3 merupakan satu lagi langkah ke arah matlamat membina rangkaian kereta api yang terhubung dengan baik dan berdaya tahan kerana laluan itu dihubungkan dengan setiap laluan MRT lain.



Misalnya, dengan TEL3, Outram Park dan Marina Bay akan menjadi stesen pertukaran dengan tiga laluan - yang kedua dan ketiga selepas Dhoby Ghaut.



"Lebih banyak pertukaran dan pilihan laluan bagi perjalanan akan membantu membahagikan beban pada lebih banyak laluan, dan mempertingkat daya ketahanan rangkaian kita," kata beliau.



Dengan pembukaan TEL3, 20 stesen di laluan itu telah beroperasi dan menghubungkan penduduk dari bahagian utara, di kawasan Woodlands, ke kawasan pusat bandar.



TEL3 melalui beberapa kawasan warisan dan destinasi ikonik Singapura, seperti Maxwell, Havelock, Orchard dan Gardens by the Bay.



Di bawah program Art-in-Transit, setiap stesen TEL juga menampilkan karya unik oleh artis tempatan yang membangkitkan ciri-ciri kawasan setiap stesen berada dan memaparkan semangat masyarakat di kawasan itu.




Tonton video BH wawancara ketua TEL 



Pengarah Urusan SMRT Laluan TEL, Encik Shahrin Abdol Salam, berkongsi tiga perkara menarik tentang laluan baru itu dalam satu temu bual bersama Berita Harian.



Tonton temu bual itu menerusi Tik Tok di: https://vt.tiktok.com/ZSRT4UpLf/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >