Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Truth Warriors dikenakan arahan pembetulan Pofma berkaitan dakwaan palsu Covid-19

Oct 25, 2021 | 07:38 PM



MENTERI Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, telah mengarahkan pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) supaya mengeluarkan arahan pembetulan ke atas laman web Truth Warriors berkaitan dakwaan palsunya tentang Covid-19 dan ivermectin, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (24 Oktober).



Ini bermakna laman web tempatan itu dikehendaki menerbitkan notis pembetulan pada bahagian atas setiap laman web yang mengandungi dakwaan palsu itu.



Antara dakwaan palsu yang harus menerbitkan notis tersebut ialah bahawa negara yang sudah menjalankan vaksinasi mempunyai jumlah kes dan kematian Covid-19 paling banyak bagi setiap sejuta penduduk, dan negara mempunyai kadar vaksinasi rendah mempunyai kes dan kematian lebih rendah bagi setiap sejuta penduduk.



Laman web itu juga berkata bahawa vaksin tidak mencegah penyebaran Covid-19.



“Ini adalah tuntutan palsu,” kata MOH.



“Hingga 23 Oktober, bukti antarabangsa menunjukkan secara pasti bahawa vaksin mengurangkan jangkitan Covid-19, serta kadar penyakit serius dan kematian daripada jangkitan Covid-19,” tambahnya.



Data terkini yang tersedia juga tidak menyokong dakwaan bahawa negara yang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi mempunyai kes dan kematian tertinggi bagi setiap sejuta penduduk, kata kementerian itu.



Sebaliknya, hakikat sesetengah negara yang mempunyai kadar vaksinasi terendah juga mempunyai kematian Covid-19 yang dilaporkan yang rendah mungkin disebabkan pengumpulan rekod yang lemah bagi kedua-duanya, vaksinasi dan kematian, kata MOH.



Meskipun vaksin tidak sepenuhnya menghentikan penularan virus, ia mengurangkan risiko penularan. Ini kerana individu yang divaksinasi berkemungkinan lebih rendah menyebarkan virus itu berbanding orang yang tidak divaksinasi, tambahnya.



Adalah salah juga untuk mengatakan bahawa vaksin itu tidak meningkatkan sistem imun dalam memerangi virus itu, kata MOH.



“Vaksin menyebabkan badan menghasilkan antibodi dan sel imun yang bertindak untuk menentang virus dan, sebenarnya, membunuhnya,” katanya.



MOH juga menolak dakwaan laman web itu mengenai keberkesanan ivermectin dalam mencegah jangkitan Covid-19, dan bahawa ubat itu selamat dan berkesan untuk digunakan terhadap virus, bahkan oleh wanita hamil.



Dakwaan laman web dipetik dan ditularkan oleh sesetengah pihak di sini untuk mempromosikan penggunaan ivermectin dalam mencegah dan merawat Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >