Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tugas asatizah di bawah Fitrah tidak terhad di penjara

Mar 14, 2022 | 05:30 AM



TUGAS asatizah yang bernaung di bawah Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) bukan sekadar menawarkan sokongan serta kaunseling keagamaan kepada banduan, malah khidmat mereka menjangkau ke luar penjara merangkumi keluarga mereka dan juga sokongan berlanjutan selepas mereka dibebaskan.



Dengan keadaan yang berubah dek Covid-19, asatizah juga perlu menyesuaikan diri dengan penggunaan wadah seperti Zoom demi memastikan banduan terus dihampiri dan menerima sokongan keagamaan, meskipun dengan langkah keselamatan yang berkuat kuasa.



Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam ucapannya semasa Majlis Watikah Fitrah Asatizah yang diadakan secara fizikal semalam di Masjid Ar-Raudhah.



Semasa acara tersebut, seramai 80 asatizah yang telah menyumbang secara sukarela di bawah Fitrah diberi surat pelantikan yang melanjutkan khidmat mereka selama dua tahun di bawah program itu.



Dr Faishal telah menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu terhormat bersama Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Menurut Dr Faishal, antara program yang memaparkan sumbangan asatizah di luar penjara termasuk kerjasama Fitrah dengan Rumah Peralihan Jamiyah untuk menawarkan kelas membaca Quran dan kaunseling keagamaan bagi penghuni rumah tersebut.



Fitrah juga memainkan peranan dalam Rangka Kerja Sukarelawan Penjagaan Khidmat Penjara Singapura di mana asatizah terus mendampingi bekas banduan selepas mereka dibebaskan dan memberikan mereka panduan keagamaan dalam masyarakat, tambahnya.



"Perjalanan banduan dan bekas banduan ke arah pemulihan dan integrasi semula dalam masyarakat tidak mudah dan dipenuhi cabaran pelbagai.



"Namun, sokongan yang diberikan oleh Fitrah dan asatizah yang terlibat memainkan peranan yang penting dalam mendorong mereka, dan ia memudahkan proses tersebut," ujarnya sambil menyampaikan penghargaannya kepada semua asatizah yang terlibat.



Mufti Dr Nazirudin menyeru asatizah untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai pembimbing masyarakat dengan penuh keihsanan.



"Asatizah perlu menggunakan cara pertuturan yang lembut, biarpun dengan apa yang telah mereka lalui pada masa silam.



"Jangan berputus asa dan terus membimbing mereka dan menjadi asatizah yang boleh memberi mereka harapan pada hari-hari yang gelap," katanya.



Beliau turut menggesa agar asatizah memberikan maklum balas mereka, contohnya jika perkataan atau frasa yang digunakan dalam khutbah yang disampaikan perlu diubah berdasarkan keperluan dan pemahaman banduan.



Antara khidmat yang disediakan asatizah di bawah Fitrah termasuk menerusi khutbah Jumaat di penjara, khidmat kaunseling dan kelas agama yang berasaskan kurikulum Fitrah.



Salah seorang asatizah yang menerima surat perlantikan itu semalam ialah Ustazah Laila Abu Hassan yang telah menyumbang khidmatnya selama 19 tahun menjalankan program keagamaan di penjara.



Menyentuh tentang dorongan untuk terus berkhidmat, Ustazah Laila berkata:



"Pengalaman beberapa tahun bersama mereka (banduan), membuat saya rasa bertambah faham akan keadaan mereka dan bertambah rasa sayang.



"Ini membuat saya yakin yang saya boleh membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dan memberi sumbangan positif apabila mereka keluar kelak," ujarnya.



Selain menyumbang khidmat sebagai sukarelawan di bawah Fitrah, Ustazah Laila juga adalah pengetua madrasah hujung minggu di pusat Khidmat Pendidikan Asas Daru Ashomiddin (PADA) di Woodlands.



- SITI AISYAH NORDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >