PENDUDUK tidak lama lagi akan mudah untuk mengambil barangan yang mereka pesan melalui dalam talian apabila satu projek percubaan menggunakan sistem lokar umum dimulakan di estet Bukit Panjang dan Punggol Oktober ini.
Kumpulan pertama sistem lokar umum itu akan ditempatkan di kawasan yang mudah diakses seperti stesen MRT dan pusat pungutan yang berada dalam lingkungan 250 meter dari flat HDB, demikian diumumkan Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) menerusi satu kenyataan semalam.