Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS

Ukuran kejayaan sebenar bagi SG ialah prestasi di peringkat global

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



UKURAN sebenar kejayaan bagi Singapura bukanlah sehebat mana prestasi masyarakat Melayu, Cina atau India apabila dibandingkan antara satu dengan lain, tetapi sebaik mana negara ini jika dibandingkan dengan negara lain di peringkat global, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Beliau memberi komen demikian apabila ditanya sama ada masyarakat Melayu patut berasa risau akan pencapaian mereka setakat ini.



"Sebenarnya saya gembira jika semua masyarakat kita berasa risau (akan pencapaian mereka) kerana ukuran sebenar kejayaan bagi kita ialah bukan sebaik mana prestasi masyarakat Melayu, Cina atau India jika dibandingkan dengan satu sama lain.



"Ukuran kejayaan sebenar bagi kita sebagai sebuah negara ialah sebaik mana kita, sebagai satu Singapura, jika dipersaingkan dengan negara lain, itulah perkara terpenting.



"Kita mahu memastikan orang kita - warga Singapura berbangsa Cina, Melayu atau India - apabila mereka keluar ke dunia, mereka rasa yakin bahawa setelah melalui pendidikan di Singapura, ia telah mempersiapkan diri mereka bagi cabaran di luar negara," kata Encik Chan.



Beliau menambah bahawa sebagai sebuah masyarakat, tiada nilai seandainya satu bangsa itu dapat mencapai prestasi yang baik dalam masyarakat tersebut tetapi mereka tidak dapat bersaing pada peringkat global.



Oleh yang demikian, Singapura sentiasa berusaha untuk melakukan apa jua dengan lebih baik lagi.



"Berfikir bagaimana hendak mencapai lebih baik bukanlah perkara yang buruk, cuma, tidak usahlah keterlaluan sehingga kita hilang kebahagiaan dalam menimba ilmu disebabkan kita terus-menerus mahu cuba menjadi lebih baik daripada orang lain.



"Saya harap semua warga Singapura tanpa mengira bangsa, bahasa, agama, kita semua cuba menjadi lebih baik daripada diri kita sendiri berbanding dengan cuba menjadi lebih baik daripada orang lain," ujar beliau.



Dalam wawancara itu, Encik Chan turut melahirkan rasa gembira lebih ramai anak Melayu kini memilih sektor Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) kerana sektor ini "membawa kepada pekerjaan yang sering membayar gaji lebih besar... dan mempunyai kemajuan pekerjaan lebih baik".



Namun, beliau cepat menekankan bahawa setiap orang mempunyai kelebihan, bakat dan kemahiran yang berbeza dan masyarakat tidak seharusnya mempunyai definisi kejayaan yang terhad.



"Sama ada anda dalam bidang nyanyian, masakan mahupun kejuruteraan, ini semua bidang yang berbeza dan semua bidang berbeza diperlukan demi daya tahan negara.



"Jadi, kita harus memastikan bahawa kita mempunyai sistem untuk membantu pelajar untuk memahami potensi mereka dan bukan sekadar mengejar kejayaan yang ditakrifkan dengan sangat sempit," ulasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >