Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN PERWAKILAN BIASA NTUC 2021

Usaha bantu pekerja terus relevan dalam pekerjaan

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat telah menyampaikan ucapan semasa Sesi Pembukaan Persidangan Perwakilan Biasa NTUC semalam. Berikut sedutan ucapan beliau.
Nov 18, 2021 | 05:30 AM



KEBIMBANGAN tentang pekerjaan akan sentiasa ada.



Malah, sebelum Covid-19 pun, anjakan struktur telah pun berlaku dalam ekonomi global.



Kemajuan teknologi yang pesat membentuk semula pekerjaan, jadi kemahiran hari ini mungkin tidak cukup untuk pekerjaan hari esok.



Pada masa yang sama, tenaga kerja kita juga semakin tua. Kita perlu memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik dan membolehkan mereka mengambil peranan baru dengan baik.



Dunia yang semakin global juga bermakna saingan asing boleh wujud tanpa perlunya pekerja asing datang ke Singapura.



Ini semua bermakna kita tidak boleh melindungi setiap pekerjaan tetapi kita boleh dan mesti melindungi setiap pekerja.



Untuk melindungi setiap pekerja, kita harus bantu mereka capai kebolehpasaran sepanjang hayat, dan untuk melakukan ini, kita harus membentuk semula ekonomi Singapura.



Kerjasama tiga pihak mesti terus menggariskan usaha ini tetapi kita perlu memperbaharui model kerjasama tiga pihak kita.



Dalam evolusi kerjasama tiga pihak seterusnya, Pergerakan Pekerja boleh mencipta kesan lebih hebat lagi dengan berkolaborasi pada peringkat seterusnya.



Anda boleh menjadi rakan kongsi dalam transformasi dengan bekerjasama dengan majikan dan pemerintah.



Terdapat tiga bidang transformasi.



Pertama, anda perlu bekerjasama dengan lebih rapat lagi dengan syarikat untuk mentransformasi perniagaan mereka agar pekerja mereka boleh berjaya.



Kedua, sedang pasaran pekerja berubah, anda boleh berkhidmat kepada lebih ramai pekerja dengan memperluas pendekatan anda serta menangani keperluan sepanjang hayat pekerja secara holistik.



Ketiga, anda perlu mendapatkan sokongan lebih luas daripada orang ramai untuk memperbaharui kompak bagi pekerja kita.



Antara sebab utama kejayaan Gerakan Pekerja kami adalah anda semua memahami dengan baik bahawa kepentingan pekerja akan terpelihara jika syarikat boleh berjaya dan berkembang dan pada masa yang sama dapat meningkatkan taraf pekerja mereka sepanjang perjalanan itu.



Jawatankuasa Latihan Syarikat, atau CTC, mencerminkan pemahaman ini.



Ini merupakan bentuk perkongsian baharu antara kesatuan dan syarikat untuk memacu transformasi perniagaan dan tenaga kerja. Hampir 800 CTC telah dibentuk.



Secara keseluruhannya, CTC telah mencapai kemajuan yang baik dalam tempoh dua tahun yang singkat, tetapi keperluan untuk berubah menjadi lebih mendesak.



Kita mesti mendekati lebih banyak syarikat dan bekerjasama dengan mereka untuk berubah dan mencipta pekerjaan lebih baik, serta membantu pekerja meningkatkan kemahiran untuk mengambil peranan baru dengan prospek dan gaji yang lebih baik.



Saya mencadangkan agar Pergerakan Pekerja, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) dan pemerintah berganding bahu untuk meneroka bagaimana kita boleh memanfaatkan perubahan untuk terus mengubah kerjasama tiga pihak kita.



Sebagai contoh, satu perubahan yang penting adalah semakin ramai individu yang bekerja sendiri.



Dengan teknologi digital dan ekonomi gig yang berkembang dengan cepat, Pergerakan Pekerja telah bergerak dengan pantas untuk melindungi pekerja bebas dan gig.



Tahun lalu, dua persatuan telah ditubuhkan untuk mewakili profesional dalam bidang kandungan kreatif dan pemandu penghantaran.



Usaha sedemikian menunjukkan bagaimana Pergerakan Pekerja terus menghadapi cabaran profil pekerja yang semakin berubah hari ini dan bagaimana anda telah melangkah ke hadapan untuk menanganinya.



Anda harus kekal dekat dengan pekerja kami, supaya anda boleh mewakili kepentingan mereka dengan berkesan.



Anda harus terus berusaha bersama Pemerintah dan majikan, untuk mengorak langkah ke hadapan.



Pergerakan Pekerja juga memainkan peranan besar dalam membangunkan pekerja kita.



Hari ini saya berbesar hati untuk menyertai rakan kongsi tiga pihak dalam melancarkan Platform Pengalaman Pembelajaran, atau LXP.



Seperti Netflix, pekerja boleh melanggani LXP dan mendapat akses tanpa had kepada pelbagai jenis kandungan, daripada pembangunan peribadi dan kepimpinan, kepada bidang baru muncul seperti pengekodan dan blockchain.



Tetapi tidak seperti Netflix, kredit SkillsFuture boleh digunakan untuk membiayai kos langganan tahunan LXP.



LXP juga boleh dianggap sebagai versi CET bagi Ruang Pembelajaran Pelajar - portal pembelajaran dalam talian yang digunakan oleh kanak-kanak sekolah kita.



Ini membawa saya kepada hujah ketiga saya, memperoleh sokongan yang lebih luas daripada rakyat kita untuk memperbaharui kompak untuk pekerja kami.



Tidak seperti kebanyakan ekonomi lain, pekerja kami terus mengalami kemajuan.



Sebahagian besarnya adalah hasil daripada usaha Pergerakan Pekerja dan rakan kerja tiga pihak.



Tetapi di luar kerja yang kita lakukan sebalik tabir, Pergerakan Pekerja boleh melibatkan kumpulan pihak berkepentingan yang lebih luas, untuk membina pemahaman yang lebih baik dan sokongan untuk jenama tiga pihak Singapura.



Kita perlukan rakan kerja tiga pihak kita untuk bekerja dengan lebih erat untuk menerangkan tindakan kami kepada rakyat Singapura, MNC dan syarikat-syarikat yang berpangkalan di sini atau ingin beralih ke Singapura.



Satu lagi contoh bagaimana Pergerakan Pekerja boleh memainkan peranan dalam mendekati orang ramai adalah dalam isu pertumbuhan inklusif.



Kami mahu menjadi masyarakat yang menghargai kerja dan sumbangan semua, melindungi maruah semua pekerja, termasuk pekerja berpendapatan rendah kita.



Dengan mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan awam dan melibatkan pihak berkepentingan utama, pihak Pergerakan Pekerja boleh menambat hati dan minda dengan cara lebih berkesan untuk memajukan kebajikan pekerja kita.



Ketika kita berusaha untuk pulih daripada krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan, kami juga sedang memperbaharui jenama tiga pihak kami - daripada konfrontasi, kepada kerjasama, dan kini perkongsian dalam transformasi.



Untuk menjadi rakan kerja yang berkesan dalam transformasi, Pergerakan Pekerja itu sendiri mesti juga terus berubah - dengan bekerjasama dengan syarikat, berkhidmat lebih ramai pekerja secara holistik, dan memperoleh sokongan yang lebih luas daripada orang ramai, untuk memperbaharui kompak untuk pekerja.



Dengan cara yang sama kami meminta syarikat untuk berubah dan pekerja untuk meningkatkan kemahiran, Pergerakan Pekerja harus berjalan bersama mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >