Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Usaha gigih promosi harmoni kaum di SG diiktiraf

Guru muda dengan ijazah Kepujian (Kecemerlangan Tertinggi) dalam bidang Sejarah penerima Melayu/Islam pertama Hadiah Izzuddin Taherally
Aug 16, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI rakyat Singapura, perihal tentang pelbagai budaya dan agama di sini sering menarik minatnya.



Bagi Encik Ahmad Zaki Yazid, perkara ini penting untuk seseorang fahami dan dalami, lebih-lebih lagi jika mereka ingin berkhidmat dalam bidang ssosial yang menyokong pelbagai keperluan masyarakat.



Sewaktu menuntut di Universiti Nasional Singapura (NUS), beliau aktif melibatkan diri dalam kegiatan budaya dan keagamaan seperti dialog yang diadakan di kampus.



"Saya mempunyai minat yang mendalam tentang hal kaum dan agama di Singapura dan berpendapat bahawa penting untuk mendidik diri sendiri terlebih dahulu dalam perkara sebegitu sebelum memperjuang kepentingan sosial.



"Prinsip ini telah membimbing saya dalam membuat pilihan sewaktu di universiti seperti untuk menghadiri pelbagai webinar, perbincangan serta dialog yang berkaitan dengan penglibatan antara budaya dengan kaum di Singapura," katanya.



Dengan minatnya itu juga, beliau mengambil pelbagai modul berkaitan agama dan kaum seperti 'Kristian dalam Sejarah Dunia', 'Islam dalam Sejarah Dunia', 'Sejarah Dunia Melayu' serta 'Etnisiti dan Pembinaan Negara: Singapura dan Malaysia'.



Dalam pada itu, beliau juga menghasilkan tesis yang menyentuh tentang pengalaman mereka yang beragama Islam sewaktu berkhidmat di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), termasuk dilema yang mereka lalui.



Baru-baru ini, Encik Ahmad Zaki, 25 tahun, telah meraih ijazah Kepujian (Kecemerlangan Tertinggi) dalam bidang Sejarah dan turut diiktiraf dengan Hadiah Izzuddin Taherally atas penglibatannya dalam usaha kemasyarakatan dalam memupuk keharmonian kaum.



Beliau menjadi penerima Melayu/Islam pertama hadiah yang diperkenal pada 2019 itu.



Hadiah tersebut diberi kepada siswazah cemerlang Program Sarjana Universiti NUS yang terlibat dalam mempromosi keharmonian kaum di Singapura.



Hadiah bernilai $250 setiap satu itu akan diberikan kepada sehingga dua lulusan Program Cendekiawan Universiti (USP) cemerlang setiap tahun.



Dana bagi hadiah itu disumbang ahli akademik, Dr Mustafa Izzuddin, atas nama bapanya, pemimpin masyarakat mapan, Encik Izzuddin Taherally.



Encik Zaki yang juga merupakan lulusan USP di NUS berkata:



"Saya amat berterima kasih kepada Dr Mustafa Izzuddin yang sudi menderma hadiah ini.



"Saya rasa ia menjadi satu pengiktirafan yang baik atas usaha yang ditunjukkan mereka yang bersemangat dan sering berusaha ke arah memupuk keharmonian sosial dan menggalak pertukaran antara budaya.



"Walaupun sudah tentu saya tidak terlibat dalam kegiatan sebegitu kerana mahukan hadiah ini, saya rasa hadiah ini mencerminkan kepentingan dalam membina keharmonian sosial dalam masyarakat yang pelbagai seperti di Singapura.



"Ini menjadi lebih penting terutamanya memandangkan keadaan cabaran semasa yang menyaksikan peningkatan kejadian dan sentimen antiagama, perkauman dan xenofobia."



Sumbangan tersebut juga telah mendorong Encik Zaki terus menabur bakti kepada masyarakat lebih-lebih dalam menggalak keharmonian sosial di sini meskipun beliau kini telah menjadi seorang guru.



"Walaupun saya bukan lagi pelajar di universiti, saya seorang guru dan telah diberi kepercayaan memupuk dan membimbing belia kita.



"Dengan peranan baru saya ini, saya rasa penting untuk saya terus memupuk nilai dan kepentingan mengekalkan keharmonian sosial di Singapura dalam pengajaran saya dengan pelajar melalui pelajaran Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan atau Pengajian Sosial," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >