Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vivian temu Menlu Turkey di Ankara, bincang kerjasama ekonomi

Jun 27, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Turkey menegaskan semula hubungan akrab kededua negara, sambil menekankan azam meluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan termasuk meningkatkan eksport produk pertanian dan makanan.



Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataannya semalam.



Ini menyusuli pertemuan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Ehwal Luar, Turkey, Encik Mevlut Cavusoglu di Ankara, Turkey semalam.



Kededua pemimpin itu mengadakan pertemuan sambil menikmati jamuan makan malam.



"Kedua-dua menteri menegaskan semula hubungan mesra antara Singapura dan Turkey," kata MFA dalam kenyataannya itu.



Di tengah-tengah pandemik Covid-19, perdagangan dua hala bagi barangan pada 2021 mencapai paras tertinggi dalam sejarah dengan peningkatan hampir 50 peratus dengan syarikat Singapura menjadi pelabur jangka panjang di Turkey, kata MFA.



Pengendali pelabuhan PSA mengendalikan Pelabuhan Mersin, salah satu pelabuhan terbesar di Turkey.



Olam-Progıda ialah pengeluar kacang hazel kedua terbesar di Turkey dengan kemudahan di rantau Lautan Hitam.



MFA menambah kededua menteri juga membincangkan peranan strategik Turkey yang semakin meluas dan status hab di persimpangan Asia dan Eropah.



Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan geostrategik, termasuk keadaan di Ukraine



Dr Balakrishnan juga memuji usaha Turkey untuk mencari penyelesaian bagi memudahkan eksport bijirin dari pelabuhan Ukraine.




"Kedua-dua menteri menegaskan semula hubungan mesra antara Singapura dan Turkey. Mereka membincangkan kerjasama yang semakin meningkat dalam perdagangan dan pelaburan, termasuk memperluaskan eksport produk pertanian dan makanan Turkey ke Singapura."



- MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >