Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Walau ada lebih popular, setiap estet HDB akan dijaga dengan baik: PM Lee

Pembangunan bersepadu Chong Pang City seluas 0.9 hektar akan siap jelang 2027
Mar 27, 2023 | 05:30 AM



DI mana pun bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang didiami atau sejauh mana popular kawasannya, rakyat Singapura boleh yakin bahawa setiap bandar akan dirancang dan dijaga dengan baik serta mempunyai kemudahan terkini yang memenuhi keperluan hidup.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata memang tidak dapat dielakkan bagi sesetengah bandar lebih popular daripada yang lain, namun pemerintah akan bekerja keras untuk memastikan setiap bandar HDB selesa didiami - dengan sekolah, klinik, tempat makan, kemudahan sukan dan perhubungan pengangkutan yang baik di dalam bandar dan juga dengan seluruh kawasan di pulau ini.



"Ini adalah janji pemerintah kepada semua rakyat Singapura - bahawa flat HDB anda akan menjadi rumah yang baik untuk anda dan keluarga anda, dan menjadi kediaman yang berharga untuk persaraan anda," ujar beliau.



Encik Lee berkata demikian ketika berucap di majlis pecah tanah bagi pembangunan bersepadu seluas 0.9 hektar di Yishun, dikenali sebagai Chong Pang City yang akan siap menjelang 2027.



Beliau berkata Chong Pang City hanyalah satu contoh daripada apa yang telah dilakukan oleh pemerintah di seluruh Singapura, iaitu bukan sahaja membina rumah, bahkan membangunkan semula kawasan lama secara progresif untuk menyegarkan persekitaran kediaman mereka dengan kemudahan dan infrastruktur baru.



"Kami mahu setiap bandar HDB kami, baru atau lama, berkualiti tinggi," katanya.



Kebanyakan bandar mendapati ini amat sukar untuk dicapai, dengan beberapa kawasan yang indah dan dikunjungi pelancong, tetapi juga terdapat kejiranan yang tertinggal dan usang dan di mana infrastruktur seperti rangkaian pengangkutan kekurangan, katanya.



Di majlis itu juga, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata agensi seperti Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Persatuan Rakyat (PA) telah mendapatkan maklum balas penduduk tentang ciri-ciri yang mereka inginkan sejak pembangunan hab bersepadu itu diumumkan pada 2020.



Hasil dapatan itu, pembangunan itu akan mempunyai lebih banyak tempat meletak kereta, kemudahan akses bebas halangan yang inklusif dan mesra warga emas serta lintasan pejalan kaki terlindung yang akan menghubungkan Yishun Avenue 5 ke plaza masyarakat yang baru, kata Anggota GRC Nee Soon itu.



Salah seorang penduduk yang ditemui Berita Harian, Encik Buzari Kayat, 75 tahun, yang telah tinggal di Chong Pang sejak 1981, berkata beliau telah menyaksikan pelbagai perubahan dan kerja naik taraf sebelum ini, namun ini adalah perubahan yang terbesar.



"Saya berharap dengan hab sepadu itu, ia dapat pererat lagi silaturahim antara tetangga dan menyemarakkan lagi kehidupan penduduk Chong Pang, termasuk seluruh Yishun," ujarnya yang juga merupakan naib pengerusi Masjid Darul Makmur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >