Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas digalak ambil suntikan ketiga Covid-19

Suntikan ketiga bantu pastikan vaksin berkesan, kekalkan perlindungan: Doktor
Sep 07, 2021 | 05:30 AM



DOKTOR serta pakar telah mendorong warga emas serta golongan dengan imuniti terjejas untuk mengambil suntikan penggalak Covid-19 apabila ditawarkan nanti.



Ini sedang suntikan tersebut, yang merupakan suntikan ketiga, akan membantu memastikan vaksin kekal berkesan dan memberi tahap perlindungan yang tinggi terhadap koronavirus itu.



Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) berkata golongan warga emas dan mereka dengan imuniti terjejas mempunyai risiko lebih tinggi mengalami penyakit teruk dan kematian jika dijangkiti Covid-19, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai penyakit kronik.



"Meskipun telah divaksin, disebabkan usia dan penyakit mereka, keupayaan mereka untuk membangun respons imun kepada vaksinasi adalah lebih lemah berbanding individu biasa. Justeru, mereka perlu suntikan penggalak lebih kerap daripada yang lain," kata MHPA kepada Berita Harian.



Pakar jantung, Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar, berkata manfaat suntikan ketiga bagi golongan tersebut adalah jelas.



"Melihat kepada pemahaman sedia ada tentang jangkitan dan vaksinasi Covid-19, adalah munasabah untuk menyarankan suntikan penggalak kepada pesakit dengan imuniti lebih rendah, iaitu warga emas dan golongan yang imuniti mereka terjejas," Dr Razakjr.



Selain kumpulan ini, belum jelas sejauh ini jika penggalak itu diperlukan, tambahnya.



Jumaat lalu, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19 mengumumkan Singapura akan memberikan suntikan penggalak Covid-19 kepada golongan dengan imuniti terjejas, warga berusia 60 tahun dan ke atas dan penghuni kemudahan penjagaan warga emas mulai bulan ini.



Pakar penyakit berjangkit di Hospital Gleneagles, Dr Ling Li Min, berkata golongan itu mempunyai tahap antibodi yang rendah selepas vaksinasi. Ini bermakna imuniti mereka mungkin pudar lebih awal berbanding penduduk lain.



"Sedang kami menantikan lebih banyak data mengenai adakah suntikan booster berkesan, ramai penyelidik dan saintis percaya suntikan ketiga boleh membantu melindungi golongan ini.



"Dalam perjuangan Covid ini, setiap individu perlu dilindungi sebanyak mungkin. Khususnya, warga emas membentuk bahagian terbesar penduduk yang telah dijangkiti.



"Jika suntikan penggalak boleh memberi lapisan perlindungan tambahan, ianya baik untuk warga emas dan seluruh penduduk," kata Dr Ling.



Langkah memberi suntikan ketiga disarankan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) selepas ia meneliti bukti sedia ada, termasuk keselamatan dan keberkesanan dos penggalak yang diberikan di serata dunia.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia bersetuju dengan saranan untuk memulakan program suntikan penggalak bagi dua kumpulan tersebut.



Suntikan ketiga bertujuan memastikan tahap perlindungan yang tinggi terhadap jangkitan serta penyakit teruk daripada Covid-19, kata MOH.



Golongan dengan imuniti terjejas, termasuk mereka yang sedang menjalani rawatan barah dan pesakit pemindahan organ, pula mempunyai respons imun yang lebih rendah kepada vaksinasi dan berada dalam risiko lebih tinggi terhadap Covid-19.



Golongan dengan imuniti yang terjejas secara sederhana hingga teruk harus menerima dos ketiga vaksin mRNA yang sama dua bulan selepas dos kedua mereka.



Sementara itu, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta penghuni kemudahan penjagaan warga emas pula harus menerima dos ketiga vaksin mRNA mereka enam hingga sembilan bulan selepas dos kedua mereka, tambah kementerian itu.



Ini bermakna kumpulan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang selesai rejimen vaksinasi mereka pada sekitar Mac tahun ini akan layak mendapatkan dos ketiga pada bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >