Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas digalak dapat suntikan penggalak

Ye Kung: Warga, sektor jagaan perlu persiap hadapi gelombang jangkitan baru Covid-19 sekitar Jul, Ogos
Jun 14, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, telah menggesa warga emas agar mendapatkan suntikan penggalak sedang Singapura mempersiapkan diri bagi gelombang jangkitan baru Covid-19 yang dijangka berlaku pada Julai dan Ogos ini.



Ini termasuk persediaan dalam sektor jagaan masyarakat bagi menghadapi gelombang tersebut, kata Encik Ong semasa berucap di Seminar Pelan Kerja Jagaan Masyarakat bagi Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) 2022, di Hotel Pan Pacific Singapore, semalam.



Encik Ong berkata Singapura boleh menjangkakan gelombang jangkitan baru kerana paras imuniti tinggi yang dimiliki warga sekarang hasil daripada kedua-dua vaksinasi serta jangkitan yang dialami daripada gelombang Omicron BA.2 akan mula pudar.



"Apabila ia berlaku, varian dominan Covid-19, kemungkinan BA.4 atau BA.5, akan mula berganda dan meningkatkan bilangan jangkitan," katanya.



Justeru beliau menegaskan bahawa dalam masa sebulan akan datang ini, usaha perlu dipertingkat bagi memastikan semua warga emas telah mendapatkan suntikan ketiga mereka.



Bagi golongan warga emas minoriti yang prihatin menerima satu lagi suntikan mRNA, Encik Ong menyarankan agar mereka menimbangkan alternatif vaksin Novavax yang bergantung pada teknologi lebih tradisional.



Sejauh ini, lebih 90 peratus penghuni rumah jagaan dan klien Pusat Jagaan Warga Emas yang layak, serta lebih 10,000 klien jagaan rumah, telah pun menerima suntikan vaksinasi Covid-19.



Membuat perbandingan dengan negara lain di mana pandemik Covid-19 telah melanda rumah penjagaan sehingga menyebabkan ramai terkorban, Encik Ong berkata Singapura telah berjaya mengelakkannya ekoran kerjasama rapat antara Kementerian Kesihatan (MOH), hospital dan rumah penjagaan.



Usaha melindungi warga emas itu telah dilakukan melalui vaksinasi dan langkah pengawalan jangkitan yang baik, katanya.



Sejak Februari, lebih 4,700 penghuni rumah penjagaan dijangkiti dengan Covid-19 telah dijaga di tapak rumah penjagaan.



Buat masa ni, lebih 80 peratus rumah penjagaan termasuk dua hospis yang mengambil pesakit di hospital di bawah program Jagaan@Rumah Penjagaan.



"MOH berharap untuk bekerjasama dengan baki rumah penjagaan lain agar sebaik gelombang seterusnya tiba, kita semua sudah bersedia.



"Bagi penghuni yang berdepan dengan risiko lebih tinggi atau mempunyai keadaan lebih kompleks, usah khuatir, mereka akan tetap dipindahkan ke hospital akut," tambahnya.



Rumah penjagaan juga sebaliknya perlu terus secara aktif menerima pemindahan pesakit daripada hospital akut dan masyarakat.



Sejak April, sektor itu telah menerima sekitar 300 pendaftar baru setiap bulan daripada hospital akut dan masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >