Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga perlu bersatu tangani ancaman pengganasan: PM Lee

Turut saksikan 'Exercise Northstar' - latihan pelbagai agensi sebagai respons terhadap ancaman pengganasan
Mar 23, 2023 | 05:30 AM



WARGA Singapura harus bersatu untuk menangani ancaman keganasan dan adalah penting bagi setiap orang untuk tahu apa yang perlu dilakukan jikalau berlaku serangan pengganas, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Bercakap kepada media di Jurong Island selepas menyaksikan Exercise Northstar, satu latihan bagi menangani ancaman pengganasan, Encik Lee berkata "kita perlu bekerjasama antara satu sama lain di Singapura supaya kita boleh bersiap sedia menangani ancaman keganasan".



"Kita mesti menangani pelbagai jenis serangan pengganas. Ia mungkin adalah serangan daripada seorang individu, atau serangan terhadap sebuah bangunan atau kompleks petrokimia dan akibatnya boleh menjadi sangat buruk.



"Oleh itu, kita perlu bersatu sebagai satu rakyat kerana ancaman keganasan bukan hanya tentang orang yang tercedera atau bangunan yang diletupkan atau diserang, tetapi ia adalah keretakan dalam masyarakat kita dan itu mengambil masa yang lama untuk pulih," tambah beliau.



Latihan itu turut disaksikan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo; dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohd.



Exercise Northstar adalah satu siri latihan yang diperkenalkan untuk kali pertama pada tahun 1997 untuk mengesahkan pelan tindak balas kecemasan dan melaksanakan penyelarasan di kalangan agensi nasional dalam bertindak balas terhadap kecemasan utama.



Ia juga berfungsi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman pengganasan dan menggalakkan kewaspadaan berterusan.



Latihan edisi ke-11 itu dipimpin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan melibatkan sekitar 300 pegawai daripada pelbagai agensi dan pihak berkepentingan seperti Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Polis Singapura (SAF), Perbadanan Bandar Jurong (JTC) dan ExxonMobil.



Latihan itu juga membolehkan agensi tersebut menguji banyak peralatan yang mereka ada, kata Encik Lee, sambil menambah mereka dapat berkoordinasi antara satu sama lain untuk memastikan semuanya berfungsi dengan tepat.



Berita Harian diundang membuat liputan latihan tersebut dan meninjau usaha menentang dua serangan simulasi - pengganas bersenjata, dan tangki minyak besar yang terbakar.



Untuk simulasi pertama, sekumpulan individu yang radikal sendiri telah menanam bom buatan sendiri (IED) pada sebuah tangki minyak besar di Jurong Island.



Ketika cuba meninggalkan Jurong Island, kumpulan itu ditemui oleh Pegawai Polis Tambahan (APO) dan menyerang mereka dengan parang.



Ibu pejabat taktikal dari Pasukan Petugas Pertahanan Pulau (IDTF), pegawai SPF, SCDF dan SAF dan Pengawal Pantai Polis (PCG) dikerahkan untuk mengawal keadaan dan menahan pengganas.



Untuk simulasi kedua, letupan IED yang ditanam kumpulan tersebut mengakibatkan kebakaran pada dua tangki minyak besar dalam kompleks penapisan dan petrokimia ExxonMobil.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >