Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura mahu kepimpinan 4G terus perkukuh kedudukan S’pura di mata dunia: Tinjauan

Dec 02, 2023 | 08:07 PM



Hampir 75 peratus peserta dalam satu tinjauan Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkenaan hubungan luar negara berkata mereka mahu kepimpinan Generasi Keempat (4G) Singapura paling mengutamakan usaha menjadikan Singapura relevan kepada rakan kongsi utama dan membina pakatan sokongan di peringkat antarabangsa.

Batasan yang mengekang sebuah negara kecil seperti Singapura pula dipilih sebagai faktor paling penting oleh kebanyakan peserta tinjauan.

Demikian didedahkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, semasa Forum Dasar PAP (PPF), Insights bertajuk “Shining Red Dot: Singapore on the World Stage atau “Titik Merah yang Bersinar: Singapura di Pentas Sedunia” yang diadakan di The Star Vista pada Sabtu.

Dalam kenyataannya pada hari sama, PAP berkata tinjauan yang diadakan sempena forum itu dijalankan pada 24 hingga 29 November dan melibatkan lebih 1,300 peserta.

Peserta tinjauan, antaranya telah diminta memberi ranking kepada tiga faktor yang memberi sumbangan kepada kedudukan Singapura di mata dunia, iaitu batasan yang dihadapi Singapura sebagai negara kecil; menampilkan Singapura melebihi rantau ini; dan menjadikan Singapura relevan kepada rakan kongsi penting dan membina pakatan sokongan.

Tiga faktor itu dipilih berdasarkan pandangan teras Perdana Menteri Pengasas Encik Lee Kuan Yew berhubung hubungan antarabangsa.

Peserta diminta memberi nilai ‘paling penting’, ‘agak penting, dan ‘kurang penting’ kepada faktor-faktor tersebut.

Hampir tiga suku peserta tinjauan memilih faktor menjadikan Singapura lebih relevan sebagai agak penting.

Mengulas tentang dapatan tinjauan itu, Cik Teo, yang juga penasihat PPF, berkata terdapat peralihan jelas yang mana ramai warga berpendapat Singapura perlu kekal relevan di peringkat sedunia agar kepentingan negara terus terjamin.

“Peralihan ini, menyarankan ada pandangan bahawa keutamaan kami perlu diubah,” kata Cik Teo.

“Arena global kini lebih tegang dan untuk mengekalkan diri sebagai sebuah titik merah yang bersinar, kami harus bekerja lebih keras untuk mengekalkan kerelevanan kami terhadap rakan dan sahabat antarabangsa kami,” tambahnya.

Forum tertutup itu adalah sesi terakhir dalam siri perbincangan bagi mempertingkat kefahaman penggubalan dasar serta menyediakan platform bagi pemimpin membincangkan tentang isu dasar negara.

Tajuk sesi kali ini mempelawa 310 peserta terdiri daripada aktivis tempatan, mantan anggota parlimen dan orang awam, membincangkan tentang mengapa komuniti antarabangsa perlu beri perhatian kepada Singapura dan bagaimana ia dapat terus menjadi relevan.

Forum pada Sabtu turut melibatkan perbincangan antara para panelis; Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat; Duta Kelana Kemeneterian Ehwal Luar, Profesor Chan Heng Chee; Pengerusi Business China dan Mantan Anggota Parlimen, Encik lee Yi Shyan; dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Kenya (Bukan Bemastautin), Encik Yatiman Yusof.

Dalam ucapannya, Encik Heng yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi berkata Singapura perlu berdiri tegak dan berprinsip bagi memastikan kewujudannya sentiasa diakui, dan ia terus dipercayai dan dihormati.

“Sebagai satu rakyat kami harus terus berpandang ke luar dan berusaha, agar Singapura terus bersinar terang,” katanya.

Encik Heng berkata kini warga Singapura memulakan hidup dalam kedudukan lebih baik, mempunyai peluang pekerjaan baik, dan keperluan perumahan dan kesihatan dijamin.


Namun ini tidak bermakna Singapura boleh bersikap sambil lewa dan perlahankan jalan.


“Kami harus ingat, hakikat semula jadi bagi sebuah negara kecil adalah untuk ia tidak dipedulikan, jika kami gagal menjadi relevan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >