Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP tubuh jawatankuasa disiplin teliti kenyataan Daniel Goh

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



PARTI Pekerja (WP) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa disiplin untuk meneliti catatan Facebook oleh anggota kadernya, Profesor Madya Daniel Goh, berkaitan mantan Anggota Parlimen (AP) WP, Cik Raeesah Khan.



Dalam catatannya Sabtu lalu itu, mantan AP Tanpa Kawasan Undi itu berkata beliau enggan ditemuramah jawatankuasa itu yang telah meminta untuk mendengar penjelasan di sebalik kenyataan awamnya itu.



Profesor Goh berkata jawatankuasa itu mendakwa catatannya telah mendedahkan kerja-kerja dalaman Parlimen para AP WP, membenarkan pesaing politiknya mendalami bagaimana WP beroperasi dan menimbulkan kesangsian terhadap watak kepimpinan parti tersebut.



Cik Raeesah telah melepaskan jawatannya dari parti tersebut dan selaku AP GRC Sengkang November lalu selepas mengakui yang beliau berbohong di Parlimen.



Profesor Goh kemudian membentangkan beberapa soalan berkaitan peletakan jawatan Cik Raeesah itu dan berkata ia telah menyebabkan "banyak persoalan yang kurang selesa" bagi kepimpinan WP yang tidak terjawab.



Dalam satu catatan berasingan, beliau berkata kepimpinan parti itu mesti bertanggungjawab kerana membenarkan pelanggaran itu berterusan.



Beliau juga berkata yang beliau telah mengemukan persoalan tersebut sebagai seorang rakyat yang prihatin serta anggota parti yang percaya bahawa "akauntabiliti dan integriti awam merupakan nilai yang tiada tolak bandingnya yang perlu ada dalam pemimpin politik kami".



"Dalam isu kepentingan awam yang mendadak, soalan perlu ditimbulkan tentang kerja-kerja dalaman sebarang pertubuhan.



"Sekiranya menimbulkan persoalan tersebut membawa harga, saya sanggup membayarnya, dan menganggapnya tidak mahal," tulis Profesor Goh, yang merupakan provos bersekutu pendidikan mahasiswa di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Beliau menambah bahawa dirinya tidak berniat mencampuri hal-hal parti, termasuk Persidangan Anggota Kader dalam beberapa bulan akan datang untuk melantik pemimpin parti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >