Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran prasekolah lebih dimampui bagi sokong keluarga: DPM Wong

S'pura akan terus cari ruang segarkan semula, kemas kini pendekatan keseluruhan sokongan sosial di negara ini
Oct 11, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menjadikan yuran prasekolah bagi penjagaan kanak-kanak sepenuh hari lebih dimampui bagi keluarga yang bekerja, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semalam.



Dengan mengurangkan had yuran di prasekolah yang dibiayai pemerintah dalam tahun akan datang, beliau berharap pada masa akan datang, apa yang dibayar ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak sepenuh hari akan setara dengan apa yang dibayar kini bagi sekolah rendah dan penjagaan pelajar selepas sekolah.



Ini, menurut Encik Wong, merupakan sebahagian usaha yang digandakan bagi memperkukuh dan memberi jaminan kepada keluarga di Singapura.



Dalam ucapannya kepada wakil perkhidmatan sosial di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi perbincangan tunggak 'Menjaga' di bawah rancangan Forward Singapore (FSG) semalam, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata terdapat ruang untuk menyegarkan semula dan mengemaskini pendekatan keseluruhan terhadap menyediakan sokongan sosial di Singapura.



Menyentuh tentang membina keluarga, beliau berkata perlu untuk menumpukan usaha dan sumber agar mewujudkan sekitaran yang lebih menyeluruh bagi keluarga supaya dapat berkembang maju.



"Ini merupakan usaha seluruh masyarakat. Kita perlu menjadikan Singapura tempat yang terbaik buat keluarga - masyarakat di mana pasangan muda rasa disokong baik untuk memulakan dan membesarkan sebuah keluarga, dan boleh memberi anak mereka permulaan terbaik mungkin dalam kehidupan," ujarnya.



Akui bahawa isu yang menjadi keprihatinan termasuk perumahan, Encik Wong berkata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah meningkatkan bekalan flat baru dan dijangka akan melancarkan lebih banyak rumah untuk memenuhi permintaan.



Secara berasingan, pemerintah akan menyemak dasar perumahan untuk melihat bagaimana dapat membantu pembeli rumah kali pertama mendapatkan flat dengan cepat dan dimampui.



Dalam mewujudkan tempat kerja yang lebih mesra keluarga di mana aturan kerja fleksibel adalah norma, pemerintah sedang membangunkan set Garis Panduan Tiga Perikatan bagi aturan kerja fleksibel.



"Kami juga akan menyemak langkah-langkah cuti kami untuk menyokong ibu bapa dalam menangani komitmen kerja dan keluarga dengan lebih baik, sambil mengambil kira keperluan majikan dalam pasaran buruh yang ketat ini," katanya sambil menggalakkan kaum bapa agar lebih terlibat dalam penjagaan anak-anak.



Bagaimanapun, Encik Wong akui bahawa walau dengan sokongan kewangan, ada keluarga yang bergelut dalam kesukaran untuk memperbaiki keadaan mereka.



"Dan sedang golongan yang mempunyai kemampuan melakukan yang lebih baik, terdapat mereka yang berada di bawah yang terus mendapati ia semakin sukar untuk mengejarnya," katanya.



Malah, sudah terdapat beberapa tanda awal bahawa strafikasi sosial semakin berakar umbi.



Contohnya, dahulu kebanyakan yang tinggal di flat sewa adalah warga lebih tua, tetapi kini terdapat lebih banyak keluarga dengan anak-anak kecil yang tinggal di sana.



Bagi menangani isu ketidaksaksamaan pendapatan yang wujud, Encik Wong berkata perkhidmatan sosial perlu disampaikan dalam cara yang lebih holistik supaya keluarga berpendapatan lebih rendah dapat mengekalkan kemajuan.



Selain itu, Encik Wong turut menyentuh tentang penduduk Singapura yang menua secara pesat, dan keperluan menjaga warga emas dengan lebih baik.



Ini dari segi membantu mereka hidup secara berdikari selama mungkin dan menjalani kehidupan yang aktif mahupun bermakna di mana mereka dapat menyumbang kepada kerja ataupun masyarakat.



Antara langkah yang harus diambil adalah melengkapi aturan kehidupan dengan rangkaian meluas perkhidmatan masyarakat dan penjagaan warga emas yang mudah diakses di kawasan kejiranan.



"Ternyata bagi ramai warga emas, penjagaan sosial sama pentingnya dengan penjagaan kesihatan. Kita perlu mengelak mereka daripada menjadi terasing secara sosial kerana itulah apabila kesihatan dan semangat seseorang itu menjadi lebih buruk dengan cepat," katanya.



Encik Wong turut berkata bahawa pemerintah akan terus mengembangkan sistem Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Beliau akur bahawa warga emas kini tidak mempunyai landasan untuk meraih manfaat sebanyak mungkin daripada peningkatan kepada sistem CPF, seperti Daya Kerja dan Faedah Tambahan.



Justeru pemerintah akan melihat bagaimana untuk memperkukuh sokongan persaraan buat mereka dengan lanjut, termasuk mereka yang mempunyai pendapatan rendah atau kurang stabil.



Mengakhiri ucapannya, beliau berkata:



"Pemerintah boleh mengendali menerusi dasar, tetapi dorongan dan tenaga untuk membentuk masyarakat yang lebih baik perlu datang dari kita semua. Pemimpin perniagaan yang mahu cemerlang sambil melakukan kebaikan, ibu bapa yang inginkan masyarakat yang lebih saksama dan adil buat anak-anak mereka, dan individu yang ambil berat terhadap masa depan Singapura dan warga Singapura yang lain," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >