Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Ada bantuan bagi semua lapisan pekerja termasuk PMET

Sep 24, 2020 | 05:30 AM



BANTUAN bagi karyawan yang pendapatannya terjejas semasa pandemik ini ada, serupa dengan bantuan yang diperuntuk bagi golongan pekerja yang bergaji rendah, iaitu untuk membantu mereka mendapat kerja dan kemahiran baru, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Namun, kumpulan karyawan ini juga perlu memain peranan dan bersikap terbuka dalam mencari pekerjaan baru, termasuk meneroka bidang baru, tambah beliau.



"Pada dasarnya, kita ada skim asas seperti JSS (Skim Bantuan Pekerjaan) dan ComCare untuk membantu masyarakat semasa pandemik ini.



"Bagi kumpulan PMET (karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen) ada skim lain yang memberi mereka sokongan untuk menambah kemahiran dan memperluas peluang mereka (mendapat pekerjaan baru)," kata Encik Zaqy, dalam dialog maya bagi pemimpin masyarakat Melayu/Islam yang dianjurkan M Kuasa Tiga (M³) malam kelmarin.



Beliau menambah jika dibandingkan dengan golongan pekerja lain, golongan PMET mempunyai pilihan lebih luas kerana mereka memiliki ijazah dan berpotensi lebih tingi untuk mencari huraian bagi diri sendiri.



Meskipun demikian, bantuan tetap wujud bagi golongan PMET, selaras dengan bantuan yang diperuntuk bagi golongan pekerja lain, kata Encik Zaqy.



"Pada masa yang sama, ada juga bantuan yang ditujukan kepada mereka yang berpendapatan rendah... yang tidak mempunyai pilihan lain.



"Sebenarnya, kami mempunyai banyak lapisan bantuan untuk membantu masyarakat dan cabarannya adalah untuk memadankan mereka dengan bantuan yang sesuai dengan keperluan mereka," ujar Encik Zaqy.



Krisis Covid-19 ini bukan sahaja menjejas golongan yang berpendapatan rendah, malah yang berpendapatan tinggi juga, katanya.



Menambah, Encik Zaqy menekankan peri penting pemimpin dalam masyarakat Melayu/Islam, seperti yang dihimpunkan menerusi usaha M³ untuk memahami skim atau wadah sokongan yang ada supaya ia boleh disampaikan kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat.



"Saya berharap masyarakat dari semua golongan boleh melihat trend kerjaya dan perniagaan pada masa hadapan (dalam norma baru yang disebabkan Covid-19) dan membuat persiapan supaya kita membina perniagaan atau menambah kemahiran dan menyesuaikan kemahiran kita dengan keperluan bagi masa akan datang ini," kata Encik Zaqy.



Cabaran yang dihadapi golongan karyawan semasa pandemik ini antara topik yang diperbincangkan dalam dialog yang dihadiri sekitar 160 pemimpin masyarakat Melayu/Islam itu.



Ia adalah sesi kedua daripada tiga dialog yang bakal dianjurkan, antaranya untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai isu yang dihadapi warga Singapura semasa Covid-19 ini.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang Cik Mariam Jaafar turut menyertai perbincangan itu.



Dihubungi Berita Harian (BH), Dr Faishal berkata ramai peserta prihatin mengenai peluang pekerjaan bagi mereka dan menggesa masyarakat bersatu untuk mengharungi Covid-19. 



"Saya berbesar hati melihat semangat kemasyarakatan yang kuat antara orang kita," ujar Dr Faishal. 



Cik Mariam, yang bertugas sebagai konsultan perniagaan, berkata dialog itu mencerminkan keprihatinan dan pandangan yang memang didengari semasa beliau bertemu dengan penduduk.



"Meskipun perbincangan memberi tumpuan kepada pekerjaan dan langkah sokongan, pemimpin masyarakat yang hadir bersuara untuk mewakili semua lapisan masyarakat, dari mahasiswa kepada pekerja lebih berusia, dan dari pekerja bergaji rendah hingga ke pekerja bergaji tinggi," ujar Cik Mariam, semasa dihubungi BH. 



"Adalah penting sekali bagi pemimpin masyarakat untuk mengekalkan dan terus membina keyakinan dan kepercayaan antara mereka dan masyarakat, dalam usaha membimbing, menyokong dan menggalak masyarakat Melayu/Islam kita mengharungi masa yang mencabar ini," tambah beliau.




"Bagi kumpulan PMET (karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen) ada skim lain yang memberi mereka sokongan untuk menambah kemahiran dan memperluas peluang mereka (mendapat pekerjaan baru)... Pada masa yang sama, ada juga bantuan yang ditujukan kepada mereka yang berpendapatan rendah... yang tidak mempunyai pilihan lain. Sebenarnya, kami mempunyai banyak lapisan bantuan untuk membantu masyarakat dan cabarannya adalah untuk memadankan mereka dengan bantuan yang sesuai dengan keperluan mereka."

- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >