Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy tekankan peranan warga hormati pekerja bergaji rendah

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



SEDANG pemerintah, gerakan pekerja dan majikan berusaha melaksana struktur gaji progresif dan meningkatkan gaji pekerja bergaji rendah, seluruh masyarakat juga mempunyai tanggungjawab untuk menghargai serta melayan mereka dengan hormat, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



"Sedang Gaji Progresif mempertingkat mereka dalam pekerjaan masing-masing, elemen rasa hormat dan pemahaman bagi kerja mereka merupakan sebahagian daripada perpaduan sosial.



"Aspek lain seperti tempat rehat, keadaan kerja dan memastikan mereka mendapat waktu rehat harus menjadi satu kebiasaan kepada kita sedang kita menganggap mereka sebagai pekerja yang juga memerlukan rehat serta rasa hormat dalam peranan pekerjaan mereka dan bukan dilayan seperti warga kelas kedua," ujar beliau.



Encik Zaqy berkata demikian semasa berucap di bengkel Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi Pekerja Bergaji Rendah di Bangunan Pentadbiran Universiti Pengurusan Singapura (SMU) semalam.



Menarik perhatian maklum balas daripada sesetengah pihak yang prihatin tentang pekerja bergaji rendah yang mendapat gaji hampir sama dengan pekerja bergaji pertengahan pada masa akan datang, beliau berkata orang ramai harus mengubah perspektif mereka dan garisan yang memisahkan ini harus dikaburkan lagi.



Diharapkan pada masa akan datang, stratifikasi sedemikian tidak akan wujud dalam masyarakat, tambahnya.



Bercakap tentang Tanda Gaji Progresif (PW Mark) yang akan diperkenal menjelang hujung tahun ini, Encik Zaqy berkata ini juga satu usaha untuk menggalak orang ramai mengiktiraf dan menyokong syarikat yang menjalankan usaha baik menyokong pekerja bergaji rendah.



"Dengan cara ini, kami dapat menilai sama ada warga Singapura turut menyokong usaha ini.



"Kita semua mahu yang murah dan baik, tetapi adakah ini baik bagi pekerja bergaji rendah?



"Inilah persoalan yang kadang kala kita perlu tanya diri kita sendiri," ujarnya.



Di bawah fasa kedua AfA bagi Pekerja Bergaji Rendah, peserta menjalankan pelbagai projek yang antara lain bertujuan mengiktiraf, menghargai dan mempertingkat kesejahteraan pekerja bergaji rendah.



Antaranya termasuk menghasilkan buku panduan untuk melengkapi pemilik bangunan dan majikan dengan pengetahuan untuk mewujudkan tempat rehat bagi pekerja bergaji rendah dalam sektor runcit, meningkatkan kesedaran tentang peluang mempertingkat kemahiran serta memberi mereka alat kesihatan untuk meningkatkan kesejahteraan mereka.



"Usaha ini melibatkan bagaimana kita dapat bekerjasama dengan... warga Singapura untuk melakar hala tuju kita serta jenis masyarakat, tenaga kerja dan hubungan antara majikan dengan pekerja yang mahu kita bina," kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >